Antarabangsa

Muslim Di Gabon: Mengemudi Bahtera Kenegaraan Dengan Sinar

Islam di Gabon mewakili enam peratus daripada keseluruhan populasi negara itu, menurut perangkaan yang dibuat oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam The World Factbook pada tahun 2012.

Komuniti kecil itu, yang mendiami Gabon iaitu negara tandus di bahagian barat benua Afrika, nyata turut menerima tempias Islamophobia. Ini tidak menghairankan, apabila melihatkan senario negara-negara jiran yang melingkari Gabon.

Ini termasuklah Congo, Nigeria dan Cameroon, sekadar memetik beberapa nama.

Ketiga-tiga negara ini menyaksikan peperangan etnik dan agama yang meruncing, bahkan krisis di Nigeria misalnya, masih meragut nyawa sehingga tahun 2018, yakni pada ketika rencana ini disiapkan.

LATAR BELAKANG GABON

Gabon merupakan negara yang terletak di bahagian barat benua Afrika.

Mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1960, hal itu seterusnya menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi negara itu.

Berkeluasan 267,667 km persegi, Gabon menempatkan sebanyak anggaran 1,979,786 populasi (data 2016 oleh “World Population Prospects: The 2017 Revision”).

ISLAM DI GABON

Menurut data CIA, diangarkan bahawa seramai kira-kira enam peratus warga Gabon menganuti agama Islam.

Kebanyakan mereka menganuti fahaman sunni, dan daripada jumlah itu, hampir 90% merupakan Muslim yang berhijrah ke Gabon dari negara lain (foreigners).

Agama terbesar di negara itu ialah agama Kristian (Katolik dan Protestan).

Islam, Katolik dan Protestan telah menubuhkan sekolah-sekolah beraliran masing-masing di negara itu, di mana ini pembuktian bahawa Gabon bersifat terbuka terhadap agama berbeza.

Ini kerana, bagi membina sesebuah sekolah, kelulusan haruslah dipohon dari pihak Kementerian Pendidikan Gabon, dan kementerian ini bertanggungjawab memastikan penubuhan sekolah ini memenuhi standard dan piawai yang telah ditetapkan.

Kerajaan Gabon juga, memetik laman revolvy.com, tidak menyediakan sebarang peruntukkan bagi pembinaan sekolah-sekolah swasta, samada berfahaman agama mahupun sekular.

DASAR LAIN YANG TIDAK MENDISKRIMINASI

Selain dasar oleh Kementerian Pendidikan, kerajaan Gabon turut mewartakan beberapa hari tertentu sebagai cuti rasmi bagi menghormati kaum Muslim dan Kristian.

Ini termasuklah: –

  1. Hari Raya Aidilfitri
  2. Hari Raya Aidiladha (Eid al-Kebir)
  3. Easter Sunday and Monday
  4. Krismas
  5. All Saints’ Day
  6. Ascension Day
  7. Assumption Day

Sungguhpun begitu, ada segelintir kes terpencil yang menyaksikan sebilangan kecil warga Kristian Protestan di Gabon yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan.

Mereka ini – menurut International Religious Freedom Report 2009″  terbitan US Department of State – mendakwa bahawa polisi Kerajaan Gabon dilihat lebih memberatkan pihak Muslim dan Kristian Katolik.

PENGARUH ISLAM DI NEGARA GABON

Gabon barangkali contoh yang memaparkan betapa komuniti kecil Muslim di negara itu dilihat berjaya melakar naratif kenegaraan, apabila berhasil mengemudi jentera-jentera kerajaan.

MUSLIM DAN CABANG EKSEKUTIF

Cabang eksekutif negara itu (executive branch) dikuasai oleh Muslim bernama Omar Bongo, dari tahun 1973 sehingga 2009.

Bongo memeluk Islam pada tahun 1973, dan terus menukar nama sebagai Omar. Nama asal beliau sebelum itu ialah Albert-Bernard Bongo.

Semenjak Bongo mengepalai cabang tersebut, Gabon terus sahaja menyertai organisasi OIC (Organisation of Islamic Cooperation).

Omar Bongo

Pada 2016, anak beliau iaitu Ali Bongo – menurut Cameroon Concord News – memenangi kerusi Presiden Gabon pada pilihanraya negara itu yang berlansung pada 27 Ogos, 2016.

Ali Bongo

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button