Hiburan

Museum Of Illusions Tarikan Terbaharu Di KL

Rasai pengalaman baharu dan unik di Museum of Illusions di mana realiti anda dimanipulasi oleh 70 pameran interaktif yang direka untuk bermain dengan minda anda.

Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada 27 Jun lalu di Ansa Hotel, Kuala Lumpur. Ia dilancarkan buat kali pertama di Zagreb, Croatia pada 2015 dan kini telah melebarkan sayapnya ke lima lokasi lain di seluruh dunia – Belgrade (Serbia), Ljubljana (Slovenia), Muscat (Oman), Vienna (Austria) dan Zadar (Croatia) – dan tempat ketujuh di Kuala Lumpur, yang juga merupakan yang pertama di Asia.

Sumber: Museum of Illusions

Menurut pengarah muzium ini, Azizul Aznan, persepsi kita terhadap dunia sering dimanipulasi dan muzium ini memberi pengalaman unik kepada pengunjung dengan mencabar persepsi dan logik akal mereka.

Azizul menjelaskan bahawa kita sering terbuai kepada respons yang terlatih dan tidak membuat analisis yang lebih mendalam tentang realiti seharian kita.

Sumber: Museum of Illusions

“Ia tidak seperti muzium lain, Museum of Illusions membolehkan pengunjung berinteraksi dengan pameran, bermain, berswafoto dan mengalami tipu daya ilusi secara interaktif. Tetapi kita juga mahu mendidik. Kami mahu menjemput para pengunjung untuk mengetahui bagaimana minda kita berfungsi,” katanya.

Di samping beberapa pameran ilusi untuk merangsang pancaindera anda, selain itu terdapat juga permainan dan teka-teki yang boleh dilakukan.

Sumber: Museum of Illusions

Dunia ilusi dapat merangsang minda semua lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ia adalah tempat yang menarik untuk aktiviti seisi keluarga.

Museum of Illusions terletak di Ansa Hotel, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 9 pagi hingga 11 malam.

Yuran kemasukan adalah RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak bawah 15 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.museumofillusions.my atau hubungi 03-2110 2654.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker