Bisnes & EkonomiMakan & Minum

Kelapa oh Kelapa: Tinggimu Meredupkan, Jasamu Mendamaikan

Kali ini, Toodia akan membawa pembaca menyelongkar khazanah gastronomi-kulinari yang barangkali dapat mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak di desa yang permai.

KELAPA

Siapa tidak tahu tentangnya?

Pokok yang tinggi melambai itu cukup sebati dengan kebudayaan orang Melayu Islam di Nusantara, dari Malaysia sehinggalah ke Mindanao.

Buktinya?

Lihatlah kepada pepatah, peribahasa dan pantun orang kita dulu-dulu. Cukup banyak yang memuatkan kelapa sebagai pembayang.

“Hitam-hitam si tahi minyak dimakan juga,

Putih-putih si hampas kelapa, ke tanah perginya”

Itu pantun tentang si tahi minyak, hasil kulinari hebat orang Melayu. Maksudnya, barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang

Tahi minyak, yang juga merupakan serdak (byproduct) hasil renehan santan di atas api perlahan, adalah ramuan enak yang kini mendapat tempat di hati warga urban, apabila dijadikan juadah santapan di restoran berkelas tinggi.

Pucuk paku goreng tahi minyak, resipi identik di Bijan Bar & Restaurant di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur. Sumber: Tripadvisor

Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam

Atau juga peribahasa Indonesia di atas, yang bermaksud orang yang punya banyak anak cucu, dicintai kerabatnya dan gemar membantu orang lain akan selamat hidupnya.

Dua peribahasa di atas melambangkan status kelapa yang tinggi dalam kebudayaan orang kita, yang mungkin ramai tidak ambil peduli.

NILAI EKONOMI SI BUAH KELAPA

Namun, tahukah pembaca budiman sekalian, bahawa di samping mempunyai status dan nilai budaya yang tinggi, pokok seribu manfaat itu juga turut menawarkan pulangan ekonomi yang tidak kurang hebatnya, terutama bagi mereka yang berbudi kepada tanah.

Dalam siaran kali ini, Toodia akan memperkenalkan pembaca budiman sekalian dengan sebuah produk lumayan yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. Di samping sesuai digunakan untuk tujuan peribadi, ianya juga barangkali boleh membantu pembaca meningkatkan pendapatan isirumah dengan mengkomersilkan ia.

Produk dari kelapa itu ialah minyak kelapa dara, atau virgin coconut oil (VCO).

VIRGIN COCONUT OIL (VCO)

Minyak kelapa dara ialah minyak yang diekstrak dari copra (isi buah kelapa) tanpa menggunakan haba.

Berbeza dengan minyak kelapa itu sendiri (coconut oil), ianya mula mendapat tempat di serata dunia, terima kasih kepada nilai khasiat produk tersebut.

Ia kaya dengan nilai khasiat yang tinggi – yang menurut laman www.organicfacts.net – termasuklah: –

  1. Tinggi kandungan vitamin
  2. Tinggi bahan antioksida
  3. Tinggi kandungan mineral yang baik untuk tubuh
  4. Rendah fatty acid
  5. Kurang bau yang tidak menyenangkan (ada nilai komersil yang baik)
Paparan dalam laman www.organicfacts.net yang memartabatkan produk pribumi yang sinonim dengan orang Melayu di Nusantara

BOLEH CUBA BUAT SENDIRI DI RUMAH!

Menariknya, VCO boleh dihasilakn di dapur rumah!

Harga di pasaran yang mahal, semestinya mampu membantu si pengusaha menambah pendapatan isi rumah dengan cara yang mudah, kerana kelapa sememangnya produk tempatan yang mudah didapati.

Lebih mengujakan lagi ialah, cara penyediaan yang mudah tanpa memerlukan proses teknikal yang rumit juga dilihat dapat membantu memudahkan proses penghasilan VCO di dapur rumah.

Berikut disertakan beberapa video yang memberikan tunjuk ajar tentang cara penghasilan VCO secara buat-sendiri-di-rumah (DIY).

TEKNIK 1

TEKNIK 2

TEKNIK 3

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button