Sukan

Jaringan Neymar, Firmino Tumbangkan Mexico

Juara dunia lima kali, Brazil layak memasuki peringkat suku akhir buat kali ketujuh selepas menewaskan Mexico pada awal pagi Selasa di Samara.

Neymar menjaringkan gol pembukaan Brazil selang enam minit selepas separuh masa kedua bermula hasil permainan cantik yang ditunjukkan oleh pemain Paris Saint-Germain itu dan Willian.

Manakala Roberto Flamini yang turun ke padang selepas dimasukkan pada separuh masa kedua mengukuhkan kedudukan Brazil dengan menampan masuk bola hantaran Neymar ke arah gawang gol pasukan Mexico.

Keputusan itu menandakan kali ketujuh Mexico disingkirkan di peringkat 16 pasukan terakhir di temasya Piala Dunia ini.

Kemenangan ini berhak diberikan kepada Brazil selepas pertunjukkan padu yang ditunjukan di separuh masa kedua, selepas kedua-dua belah pihak mengakhiri separuh masa pertama tanpa sebarang gol.

Willian menjadi tumpuan apabila Brazil memulakan serangan, berjaya membuat tujuh larian serta tiga hantaran penting, termasuk hantaran yang kepada Neymar yang membolehkan bekas pemain Barcelona itu menjaringkan gol ke-57 beliau di dalam 89 perlawanan.

Firmino yang diturunkan bagi menggantikan bekas rakan sepasukan the Reds, Philippe Coutinho, menjaringkan gol pertamanya sejak kali terakhir menjaringkan gol ketika menentang Bolivia pada bulan Oktober 2016.

Pasukan Mexico pasti berasa hampa kerana  walaupun setelah membuat 14 percubaan, hanya satu sahaja kena pada sasaran. Lapan sepakan ke arah gol berjaya dihalang barisan pertahanan kental Brazil, selain itu mereka juga kehilangan bola sebanyak 17 di kawasan lawan.

Gergasi CONCACAF itu tewas kepada lawan mereka dari Amerika Selatan itu sebanyak tiga kali dalam empat Piala Dunia sebelum ini.

Brazil kini bakal bertemu sama ada Belgium atau Jepun apabila mereka bertemu bagi menentukan tempat di suku akhir.

Show More

Related Articles

Back to top button