Teknologi

iOS 12 Bakal ‘Hidup’kan Semula iPhone Lama

Terbaru, Apple telah memperkenalkan iOS terbaru bagi produk Apple mereka, iOS 12 (Beta) dengan pelbagai fungsi terbaru antaranya Memoji, FaceTime berkumpulan dan notifikasi yang telah dikemas kini.

Namun bukan itu sahaja, naik taraf ini dikatakan bakal membantu peranti-peranti iPhone lama seperti iPhone 5S dalam menambah baik prestasi mengendalikan aplikasi-aplikasi terbaru.

Apple menjelaskan keupayaan ini di WWDC Keynote semasa memperkenalkan iOS 12 dengan menggunakan iPhone 6 Plus sebagai peranti contoh.

Keupayaan iOS terbaru ini memberikan keputusan berikut:

  • 40 peratus lebih cepat dari biasa untuk membuka aplikasi
  • 50 peratus lebih cepat dari biasa untuk papan kekunci dipaparkan; dan
  • 70 peratus lebih cepat dari biasa untuk leret bagi membuka kamera

Secara umumnya, biarpun penggunaan peranti iPhone 6 sebagai contoh memperlihatkan kehebatan iOS 12, peranti ini boleh dianggap iPhone yang masih baru dan mempunya keupayaan yang baik.

Satu kajian prestasi telah dijalankan oleh CNet bagi menentukan keupayaan iPhone 5S dengan iOS terbaru ini.

Untuk keseluruhan kajian ini, iOS 12 dapat membantu iPhone generasi lama untuk berfungsi dengan lebih pantas untuk beberapa perkara.

Ia adalah satu berita yang agak baik bagi pengguna yang masih menggunakan iPhone lama untuk terus menggunakan peranti mereka.

Walaubagaimanapun, prestasi dan fungsi yang terdapat pada iOS 12 masih berada di peringkat Beta dan ia akan berubah apabila iOS ini dikeluarkan secara lengkap dan rasmi kelak.

iOS 12 dijangkakan boleh dikemas-kini sekitar September ini dengan peranti haruslah dikemas-kini ke versi iOS 11 terlebih dahulu sebelum boleh memuat turun versi ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker