Isu SemasaMalaysiaPolitikTempatan

Barisan Kabinet Kerajaan PH Kini Sudah Lengkap

Hampir dua bulan selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, rakyat Malaysia akhirnya dapat menyaksikan senarai anggota Menteri Kabinet yang lengkap berikutan upacara angkat sumpah jawatan yang berlangsung di Istana Negara pada hari ini.

Berikut adalah 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri yang dilantik untuk memulakan tugas secara rasmi:

MENTERI

1. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Menteri Belia & Sukan

2. Mohd Redzuan Md Yusof – Menteri Pembangunan Usahawan

3. Saifuddin Abdullah – Menteri Luar

4. Dr. Xavier Jayakumar – Menteri Air, Tanah & Sumber Asli

5. Baru Bian – Menteri Kerja Raya

6. Saifuddin Nasution Ismail – Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

7. Teresa Kok – Menteri Industri Utama

8. Khalid Abdul Samad – Menteri Wilayah

9. Dr. Muhjahid Yusof Rawa – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

10. Liew Vui Keong РMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

11. Ignatius Darell Leiking РMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

12. Mohamaddin Ketapi – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

13. Yeo Bee Yin – Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

TIMBALAN MENTERI

1. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh – Timbalan Menteri Wilayah

2. Dr. Md Farid Rafik – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

3. Amiruddin Hamzah – Timbalan Menteri Kewangan

4. Eddin Syazlee Shith – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

5. Shamsul Iskandar Md Akin – Timbalan Menteri Industri Utama

6. Sim Tze Tzin – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

7. R. Sivarasa – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

8. Fuziah Salleh – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

9. Dr. Lee Boon Chye – Timbalan Menteri Kesihatan

10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

11. Chong Chieng Jen – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji – Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

13. Hannah Yeoh – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

14. Teo Nie Ching – sebagai Timbalan Menteri Pendidikan

15. Steven Sim – sebagai Timbalan Menteri Belia & Sukan

16. Dr. Ong Kian Ming – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

17. Mahfuz Omar- dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia

18. Mohd Anuar Mohd Tahir – Timbalan Menteri Kerja Raya

19. Dr. Mohd Hatta Md Ramli – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

20. Mohamed Hanipa Maidin – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

21. Datuk Kamarudin Jaffar – Timbalan Menteri Pengangkutan

22. Datuk Aziz Jamman – Timbalan Menteri Dalam Negeri

23. Isnaraissah Munirah Majlilis – Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

SYED SADDIQ LAKAR SEJARAH SEBAGAI MENTERI TERMUDA DI MALAYSIA

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakar sejarah baru dalam kepimpinan golongan muda di Malaysia apabila dilantik menjadi menteri penuh (full minister) yang termuda di Malaysia pada usia 26 tahun.

Syed Saddiq merangkap Ahli Parlimen Muar menyatakan bahawa pelantikan beberapa pemimpin muda dalam Kabinet mencerminkan corak pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.

Ini juga sekali gus membuktikan bahawa PH mengutamakan merit dalam idea dan sumbangan tanpa mengira umur atau latar belakang selain daripada mengangkat dan menghargai suara anak muda.

“Saya baru saja selesai mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai anggota Jemaah Menteri dan bakal menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi penggal ini.

“Saya memanjatkan rasa penuh syukur dan takzim ke hadrat Ilahi atas pelantikan ini, sesungguhnya ia adalah amanah yang amat berat untuk saya pikul, namun ia berupaya digalas serta percaya kejayaan akan diraih bersama-sama seluruh anggota Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu pasukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, memetik laporan Berita Harian.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menjelaskan bahawa beliau akan memastikan golongan muda menjadi peneraju utama agenda pembangunan negara.

Sebagai Menteri Belia & Sukan yang baru, beliau berhasrat untuk memperjuangkan sukan tempatan secara menyeluruh dan adil, menjaga kebajikan atlet, serta memastikan kejayaan Malaysia dalam arena tempatan dan antarabangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close