FesyenGaya Hidup

8 Cara Untuk Serlahkan Jeans Anda

Jeans boleh dikatakan antara helaian pakaian yang paling serba guna di dalam almari anda. Tetapi walaupun ia mudah untuk dipadankan dengan helaian pakaian lain, kadang-kadang kita masih buntu tentang bagaimana cara untuk membuatkannya lebih menonjol.

Di sini, kami paparkan 8 cara untuk memakai jeans ke mana-mana majlis.

 

Denim dan Denim
Photo: Style Du Monde

Untuk lebih menonjol, padankan baju denim dengan seluar denim. Tip: Padankan denim yang berwarna pekat dengan denim yang lebih cair untuk kelihatan lebih bergaya.

Padankan dengan blouse satin
Photo: Song of Style

Perbezaan antara kedua-dua fabrik ini dapat menyerlahkan lagi pakaian anda.

Pakai jeans bersama kasut tumit tinggi
Photo: Camille Over the Rainbow

Kasut tumit tinggi bersama t-shirt dan jeans adalah cara yang paling senang untuk tampil bergaya.

Baju berbelang
Photo:Instagram/@asiyami_gold

Baju berbelang boleh dipadankan dengan semua helaian pakaian. Untuk lebih menonjol, padankan bersama kasut yang terang atau bercorak.

Pilih warna terang
Photo:Instagram/@louiseroe

Warna jeans adalah warna yang neutral. Jadi ia boleh dipakai bersama baju atau kasut yang terang tanpa merosakkan gaya anda.

Pakai bersama blazer
Photo: Beauticurve

Untuk bergaya di ofis, padankan bersama blazer.

Pakai bersama hiasan
Photo:Instagram/@erika_boldrin

Jangan takut untuk berhias dengan rantai yang lebih menonjol untuk serlahkan lagi gaya anda.

Padankan bersama corak atau tekstur fabrik yang berlainan
Photo: Instagram/@nadiaaboulhosn

Gunakan kreativiti anda dengan mencuba pelbagai tekstur fabrik dan corak.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close