Antarabangsa

Islam Di Chad: Sabotaj Elemen Luar Negara Yang Anti-Islam

Chad, atau nama rasminya Republik Chad, merupakan tanah gersang di tengah benua Afrika.

Negara itu mempunyai bentuk mukabumi yang pelbagai, termasuklah savana, gurun dan kawasan rendah (wetland).

Walaupun bersaiz cukup besar iaitu seluas 1,284,000 km persegi, namun kepadatan di negara itu adalah rendah kerana populasinya cuma sekitar 13,670,084.

Ini bermakna, secara nisbahnya, seorang warga Chad mampunyai tanah seluas 8.6/km persegi.

ISLAM DI CHAD

Di negara itu, Islam merupakan agama terbesar dengan penganut berjumlah sekitar 55% daripada keseluruhan populasi.

Kebanyakan mereka adalah dari aliran Sunni-Maliki, dan rata-rata turut berpegang kepada fahaman sufi (tariqat).

Melalui pertembungan peradaban, perkembangan Islam di sana telah  turut dicorakkan oleh senario serantau, dan ini tidaklah menghairankan memandangkan Chad dilingkari oleh negara-negara Islam yang berpengaruh seperti Libya, yang secara tidak langsung membantu proses mencorakkan Islam di Chad.

Antaranya, sewaktu era kolonialisasi di Libya pada sekitar awal kurun ke-19, warga Muslim Libya telah menubuhkan kumpulan pejuang bergelar Senussi Brotherhood.

Beberapa sumber memaklumkan bahawa kumpulan ini menerima bantuan ekonomi dari wilayah dalam negara Chad, terutama di sekitar Tasik Chad yang makmur dari sudut ekonomi dan kesuburan.

Senussi Brotherhood di Libya

AWAN HITAM IMPERIALISME!

Namun, sejarah hitam imperialisme menyelimuti bumi Chad dengan peristiwa kejam, apabila kuasa kolonial Perancis, sewaktu menguasai bumi Chad pada circa 1900-an, telah melakukan kezaliman terhadap warga Muslim di sana.

Matlamat penjarah Kristian Imperialis dari Perancis itu, menurut catatan berjudul “The Winter of Islam and the Spring to Come”, termasuklah: –

  1. Memusnahkan identiti Islam agar warga Muslim di sana terkontang-kanting tanpa identiti dan jatidiri. Juga identiti itu akan digantikan dengan nilai hidup penuh sifat materialistik dan sekularis.
  2. Menutup dan merobohkan institusi Islam termasuk sekolah dan masjid
  3. Penjarah Perancis turut melarang warga Muslim menghadiri program keagamaan
  4. Penjarah turut mencari alasan bagi menangkap dan memenjarakan Muslim, terutama dari kalangan guru, imam dan para pelajar agama Islam
  5. Kebanyakan imam dan Muslim yang berpengaruh turut dihalau ke kawasan pergunungan, atau lebih buruk lagi, dibunuh kejam.
Keadaan Muslim di Chad sewaktu negara itu dijarah Perancis

SEBELUM BERTEMU SINAR KEBANGKITAN

Selepas sahaja Chad beroleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1960, kuasa-kuasa neo-kolonialis era baru mula memainkan peranan melagakan masyarakat di negara itu.

Antaranya, pada tahun 1980, satu siri perang saudara telah meletus di Chad, melibatkan dua pihak iaitu: –

  1. Muslim di bahagian utara
  2. Kristian dan lain-lain agama di bahagian selatan negara Chad

Seperti di kebanyakan negara dunia ketiga (tidak terkecuali di Asia Tenggara), perang saudara ini hakikatnya bukanlah “perang di antara saudara”, sebaliknya menurut penulis Adnan Oktar, ianya merupakan perang yang melibatkan kuasa-kuasa luar yang berkepentingan.

Antaranya termasuklah Amerika Syarikat dan proksi di Asia Barat, apabila sumber-sumber mendedahkan bahawa dua kumpulan ini terlibat mendanai dan mempersenjatai pihak Krisitian dari kalangan Bantu di selatan Chad.

Pemimpin pasukan Islam ketika itu ialah Goukouni Oueddei, manakala pasukan Kristian di selatan dikepalai oleh musang licik bernama Hissene Habré.

Hissene Habré, musang licik yang dibiayai oleh pihak luar yang anti Islam

Beliau dilaporkan telah menerima bantuan dari Amerika Syarikat dan proksi di Asia Barat, dalam operasi penyaluran senjata kepada pihak Kristian.

Senjata itu pula, menurut Adnan Oktar lagi, merupakan senjata pihak Soviet yang dirampas di Afrika, dan motif yang boleh dihidu ialah untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kuasa Soviet waktu itu.

 

Goukouni Oueddei

CHAD MASA KINI

Selepas perang saudara itu, keadaan Chad bukan sahaja tidak bertambah baik, malah menjadi lebih buruk.

Campur tangan pihak luar dalam konflik, terutama oleh Perancis, Amerika Syarikat dan proksinya akhirnya membawa Chad kepada kehancuran, apabila berlaku peningkatan keganasan saban hari.

Akhirnya, Chad berubah menjadi sebuah negara yang sinonim dengan kudeta (nation of military coup).

Situasi di Chad hari ini, dikupas dengan cermat oleh penulis yang sama seperti berikut: –

Chad menjadi bukti paling jelas bahawa pihak luar yang anti-Islam (tidak akan pernah berpuas hati terhadap Islam) dan akan sentiasa mencari jalan menghancurkan negara-negara Islam.

(Di Chad), semua kekayaan negara itu akhirnya menjadi musnah. Kini tiada lagi kestabilan di sana. Etnik-etnik yang dahulunya hidup aman sebagai sebuah komuniti, kini sentiasa bertelagah (akibat hasutan luar).

Kini, semua itu menjadikan Chad sebagai negara yang sangat miskin…

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button