Antarabangsa

Ini Yang Terjadi Apabila Kapal Terbang Dilanggar Burung

Kesan darah dan bulu masih melekat pada muncung pesawat Boeing 737-800 ini.

Seekor burung telah melanggar kapal terbang yang sedang mendarat di lapangan terbang Heathrow. Akibat daripada itu, ia meninggalkan kesan yang besar dan teruk pada muncung pesawat.

Menurut laporan theindependent.co.uk, kapal terbang EgyptAir berlepas dari Cairo ini tidak dibenarkan untuk terbang selama 21 jam sehingga mereka membaiki kerosakan akibat perlanggaran dengan burung tersebut.

Walau bagaimanapun, kesemua 71 penumpang di dalam kapal terbang tersebut selamat.

Sumber Gambar: TheEveningStandard

Sememangnya kejadian burung melanggar kapal terbang seperti ini bukanlah pertama kali malah ada yang pernah memandu kapal terbang peribadi bersaiz kecil dan tiba-tiba muncul burung melanggar cermin kapal terbangnya.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh juruterbang tersebut.

Pada bulan Mac 2017, Lapangan terbang antarabangsa Hong Kong telah menangguhkan penerbangan bagi membenarkan kumpulan burung melintasi ruang udara lapangan terbang mendapat perhatian antarabangsa.

Kes-kes langgar burung ini adalah sangat berbahaya dan boleh melibatkan kemalangan jiwa dan harta benda.

Menurut UtusanOnline, dianggarkan lebih kurang 65 peratus kes langgar burung hanya menyebabkan kerosakan kecil namun begitu ia boleh menyebabkan kematian kepada burung terlibat.

Kebanyakan kes pelanggaran melibatkan cermin hadapan kapal terbang atau burung disedut ke dalam enjin yang boleh menyebabkan enjin tidak berfungsi.

Pelanggaran bahagian hadapan kapal terbang juga boleh merosakkan bahagian sistem radar kapal terbang yang boleh membahayakan penerbangan. Jangkaan kerosakan mencapai RM1.6 bilion (AS$400 juta) di Amerika dan lebih kurang RM4.8 bilion kepada kapal terbang penumpang seluruh dunia.

Berikut adalah beberapa gambar kejadian pelanggaran kapal terbang dan burung.

Bagi mengelakkan daripada kes langgar burung terus berlaku, banyak maklumat penting tentang biologi dan ekologi burung sekitar lapangan terbang perlu diketahui dan dilakukan pemantauan secara berterusan dalam menguruskan kes langgar burung.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button