Antarabangsa

Anjing Yang Pandai Bawa Motor Dan Selfie

Anjing dari jenis Golden Retriever ini pandai mengawal keseimbangan badannya untuk membawa motor dan tidak terjatuh. Anjing yang diberi nama Sidney oleh pemiliknya, Revol Gerungan, 34 tahun suka menunggang motor sejak ia berumur tiga bulan.

Kini umur Sidney ialah 4.5 tahun dan ia juga pandai berenang sejauh 100 meter.

Pada usia muda Sidney, tuannya akan selalu membawanya menunggang motor dan kerana takut ia terjatuh jika diletakkan di belakang, Sidney sentiasa di hadapan dan memegang handle motor itu sehingga pandai membawa motorsikal automatik tersebut.

Menurut kompas.com, Sidney menjadi perbualan ramai orang di Manado, Indonesia akibat bakat luar biasanya.

Di Surabaya pula, seorang penunggang motor dengan dua anjingnya juga telah menarik perhatian ramai dan netizen di luar negara kerana telatah dan gaya mereka membonceng motor.

Dua-dua anjing ini diberi nama Ace dan Armani. Mereka sering dilihat bercermin mata hitam dan memakai helmet apabila di atas motor. Jika peminat mahu bergambar dengan dua anjing ini, mereka juga pandai berswafoto.

Menurut tuan mereka, Handoko Njotokusuma, IQ anjing peliharaannya ini amat tinggi. Mereka diajar tiga hingga empat kali dan sudah pandai mengikut arahan.

Handoko, 59 tahun mengaku terdapat tawaran untuk membeli anjing peliharaannya itu tetapi sudah pasti dia tidak mahu menjualnya kerana menurut Handoko, mereka adalah sebahagian dari hidupnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button