Antarabangsa

Muslim Di Zambia: Diselubungi Islamophobia

Zambia merupakan sebuah negara di selatan benua Afrika, yang berkeluasan 752,618 km persegi.

Saiz yang luas itu pula menempatkan 16,591,390 populasi, menjadikan Zambia secara relatifnya negara yang rendah kepadatan penduduk.

Negara itu turut bersifat “landlocked”, dan dipenuhi kawasan-kawasan “kasar” (rugged) serta menempatkan banyak taman negara yang penuh dengan haiwan liar.

ISLAM DI ZAMBIA

Agama terbesar negara itu iaitu Kristian, menurut laman The Zambian Observer, merangkumi sekitar 90% daripada seluruh populasi, dan baki 10% didominasi oleh agama lain termasuk Islam.

Ini sekaligus menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, dan Zambia dikenali sebagai “Negara Kristian”.

Populasi Islam membentuk kurang dari 10% daripada keseluruhan populasi di Zambia.

Kehadiran Islam ke negara ini dapat dijejak seawal kurun ke empat hijrah, apabila warga Islam dari Asia Barat menubuhkan emiriah di Afrika Timur.

Kehadiran pedagang dari tanah Arab itu turut membawa bersama ajaran Islam yang sarat nilai suci penuh murni, yang akhirnya berjaya menjentik sanubari warga zambia waktu itu.

Perkembangan agama Islam juga turut dibantu melalui kehadiran warga Muslim yang lain dari kawasan serantau seperti Somalia dan Kenya.

Selain itu, faktor imperialisme turut menyumbang kepada perkembangan Islam di sana, apabila kuasa imperialis membawa masuk buruh-buruh Muslim dari India.

Warga Muslim di Zambia

ISLAM MASA KINI

Seperti di tempat lain di seluruh dunia, sentimen Islamophibia turut melakar naratifnya di Zambia. Ini boleh dilihat dalam beberapa insiden, antaranya termasuklah: –

MARTIN MUBANGA & PENJARA GUANTANAMO

Martin merupakan warga Zambia yang menetap di London, apabila keluarganya berhijrah ke negara itu pada sekitar tahun 1970-an. Dia mempunyai dua kerakyatan iaitu Zambia dan United Kingdom.

Sewaktu membesar di London, Martin menganuti agama Kristian.

Namun, menurut laman www.telegraph.co.uk dalam siaran berjudul “The 17 British Guantanamo detainees and the £20m compensation fund: Where are they now?”, Martin kemudian memeluk agama Islam sewaktu berusia sekitar 20-an.

Pada tahun 2000, beliau pergi ke Pakistan menggunakan passport United Kingdom. Namun sewaktu di sana, passport beliau hilang.

Jadi, Martin mengambil keputusan untuk pergi ke Zambia, menggunakan passport negara itu.

Di Zambia, Martin telah ditahan, dan kemudian diserahkan kepada pihak Amerika Syarikat. Dari situ pula, beliau kemudian disumbat ke dalam penjara Guantanamo (Guantanamo Bay Prison), dan menerima siksaan yang sangat kejam selama 33 bulan.

Kisah dan pengalaman beliau sebagai testimoni yang masih bernyawa dari Guantanamo Bay prison, telah mendapat perhatian banyak pihak samada tempatan mahupun antarabangsa.

Martin Mubanga

SERBUAN DI LUSAKA

Sepanjang bulan Julai 2003, pihak polis Zambia telah melakukan sekurang-kurangnya dua serbuan ke atas sekolah beraliran Islam di wilayah Lusaka, Zambia.

Menurut laporan oleh U.S Department of State berjudul “Annual Report on International Religious Freedom, 2004”, serbuan dibuat berdasarkan dakwaan bahawa terdapat unsur prasaranapersekolahan yang tidak mengikut lunas perundangan, di samping kewujudan elemen penderaan terhadap kanak-kanak di sekolah itu.

Namun, menurut laporan yang sama, pada November 2003, Director of Persecution telah menarik semula dakwaan terhadap serbuan itu.

Ini sekaligus menimbulkan persepsi bahawa Islam melakukan penderaan dan kekerasan terhadap kanak-kanak.

“Annual Report on International Religious Freedom, 2004”
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button