Gaya HidupKesihatan

Adakah Makeup Akan Menyebabkan Ketumbit?

Menurut Francesca J. Fusco, M.D., penolong profesor klinikal dermatologi di Icahn School of Medicine di gunung Sinai, rutin makeup anda boleh menjadi penyebab kepada isu mata yang anda sedang alami.

stye

Bagaimana Ketumbit Boleh Timbul

Ketumbit berlaku apabila bakteria terperangkap di bukaan kelenjar sepanjang kelopak mata anda, menyebabkan benjolan yang boleh menjadi merah, sakit dan bengkak.

Tabiat yang menggalakkan bakteria jahat ini untuk membiak adalah apabila anda kerap berkongsi makeup mata atau berus atau menggunakan produk lama.

Walaupun ada yang berani untuk memecahkan ketumbit anda sendiri, lebih baik jangan – ini kerana, anda hanya akan menolak dan menggalakkan bakteria itu untuk masuk lebih dalam mata anda.74027274

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Jumpa Doktor

“Sebelum anda berjumpa dengan doktor (yang boleh memberikan ubat antibiotik), cuba panaskan kawasan mata anda dengan kain basah (suam), elakkan mengenakan apa-apa jenis makeup mata sama sekali, dan buang terus produk yang sudah tamat tempoh,” kata Fusco.

Dan sekiranya anda masih mahu memakai makeup, pertama sekali, pastikan anda menggunakan makeup yang bukan komedogenik, kerana ini akan mencegah daripada membuat liang lagi tersumbat.

Kedua, jauhkan diri dari glitter, kerana ia boleh merengsakan ketumbit anda. Dan ketiga, pastikan anda menyimpan makeup dan berus makeup anda bersih untuk mengelakkan kotoran dan bakteria.

216686d0-e244-0133-af8a-0e05be20883d

Akhir sekali, pastikan kawasan ketumbit and kekal bersih. Basuh dengan teliti dan perlahan-lahan dengan  menggunakan sabun yang selamat pada mata seperti sabun bayi atau syampu bayi. Jangan lupa untuk pastikan kawasan tersebut kering setelah itu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close