Gaya HidupKerjaya

4 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekarang Sebelum Tiada Lagi Pekerjaan Untuk Manusia

Ramai yang berspekulasi tentang kesukaran untuk mendapat pekerjaan di masa hadapan kerana wujudnya robot, gajet canggih, kecerdasan buatan dan sebagainya.

Sama ada perkara ini benar-benar akan terjadi atau tidak tiada siapa yang dapat tahu dengan pasti. Walau bagaimanapun, apa yang pasti teknologi pada masa kini memang berkembang dengan pesat dan pelbagai dinamik pekerjaan sudah pun berubah.

Jika kita mengambil pendekatan pasti bahawa tiada lagi pekerjaan untuk manusia di masa hadapan, kita perlu berfikir jauh ke hadapan untuk mencari ruang dan peluang bagi menampung diri sendiri.

Seorang perunding profesional berkata terdapat empat perkara yang perlu kita bertindak sekarang untuk masa hadapan tanpa pekerjaan:

  1. Jadi Seorang Pengurus Kewangan

Ini bukan bermaksud anda perlu bertukar kerjaya dan terjun dalam bidang kewangan tetapi anda perlu belajar untuk mengurus kewangan anda sendiri.

Kajian menunjukkan jangka hayat seseorang pada masa kini adalah semakin panjang dan jika kerjaya seseorang berada di kemuncuk pada usia 40-50an, anda masih perlu mempunyai pembiayaan peribadi untuk 30-40 tahun ke hadapan.

Tanpa pelan kewangan yang baik, adakah anda rasa anda boleh bertahan tanpa sumber kewangan dan peluang kerja?

Oleh itu bermula sekarang, kita perlu mendapat wang, mengurus belanjawan harian, ketepikan sedikit untuk hari tua supaya tidak akan kekurangan wang untuk hidup.

Caroline Ceniza-Levine dalam sebuah rencana, “Anda bukan hanya membina kerjaya tetapi anda sedang membina anuiti bagi menampung diri sendiri untuk beberapa dekad.”

2. Bina Jenama Bukan Hanya Sekeping Resume

Sesiapa sahaja yang bekerja kini harus mengetahui cara untuk memasarkan diri dan mencipta jenama. Tonjolkan diri anda di dalam talian. Ketahuilah laman LinkedIn dapat membantu anda. Buatlah satu profil sederhana dan adakan beberapa landasan sosial media. Jika boleh, sebuah laman web untuk diri juga adalah baik.

Mempelajari cara-cara kepimpinan dengan memunculkan diri dalam arena media atau memberi syarahan dalam persidangan dan sebagainya. Binalah jaringan yang boleh memberi anda peluang yang lebih luas. Jenamakan diri anda!

3. Menjadikan Perniagaan Kerjaya Masa Hadapan

Dalam keadaan masa kini, perubahan yang berlaku pada kadar yang sangat pantas sehingga keselamatan sesebuah kerjaya itu berada pada keadaan yang tidak kukuh sehinggakan terma “kerja tetap atau pekerja sepenuh masa” tidak lagi relevan.

Oleh itu, anda perlu melihat pekerjaan anda sebagai sebuah projek yang tidak akan kekal selamanya. Anda perlu melihat peluang dan pasarkan diri anda supaya anda boleh mengorak langkah untuk mengambil peluang lain jika perlu.

Pada masa hadapan, kerjaya anda ialah sebuah perniagaan dan anda merupakan CEOnya.

4. Motivasikan Diri Sendiri

Motivasi diri, Disiplin dan Tanggungjawab pada diri sendiri adalah perkara kritikal untuk menjamin kerjaya yang dikatakan “berjaya” pada zaman di mana tidak wujud lagi pekerjaan.

Kemungkinan untuk anda mendapatkan kerja lain adalah sangat tipis, oleh itu bermulalah dengan mewujudkan kerjaya diri sendiri. Memang tidak semua sanggup menjadi ahli perniagaan dan mengambil risiko. Tetapi anda harus menjadi usahawan dengan mengubah kerjaya anda supaya ia masih kekal releven di masa akan datang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button