Bisnes & Ekonomi

Toyota Melabur RM 4 Bilion Dalam Grab

Toyota, sebuah syarikat automotif Jepun yang mempunyai permodalan pasaran kira-kira AS$ 221 bilion, telah berkerjasama dengan pelbagai syarikat teknologi dalam satu langkah untuk meluaskan pengumpulan data yang dipercayai penting untuk perancangan masa depan syarikat.

Menurut Bloomberg, Toyota telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM 4 bilion ke dalam syarikat e-hailing Grab untuk mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada mereka berkaitan teknologi kereta dan insurans kenderaan yang didorong teknologi. Seorang eksekutif Toyota juga akan menyertai kumpulan pengurusan Grab.

Kedua-dua syarikat tersebut telah bekerjasama sejak Ogos lalu. Toyota telah memasang perakam data di dalam kereta sewa yang dikendalikan oleh Grab untuk mengumpul data memandu yang boleh digunakan untuk membina teknologi baharu.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura berkata pelaburan itu akan membantu “mewujudkan rangkaian pengangkutan yang lebih efisien dan akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Asia Tenggara, menjadikan kenderaan mudah diakses untuk semua, serta memberi pemandu Grab peluang pendapatan yang tinggi.”

Grab juga mengatakan bahawa sesetengah daripada pelaburan tersebut akan didedikasikan untuk memperluaskan perkhidmatannya yang lain – seperti GrabFood platform e-wallet dan penghantaran makanan GrabFood – di rantau ini.

GrabFood dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan Singapura lewat bulan lepas berikutan penutupan UberEats.

Show More

Related Articles

Back to top button