Antarabangsa

Mari Kenali Warga Muslim Di Lesotho

Lesotho merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian selatan benua Afrika. Bersaiz sekitar 30,000 km persegi, negara yang kecil itu menempatkan sekitar 2 juta penduduk.

Memandangkan negara itu seakan terpisah dari radar media tempatan mahupun serantau, maka dalam siri ini, Toodia akan membawa pembaca bersuai kenal dengan warga Muslim di sana.

LATARBELAKANG AGAMA DI LESOTHO

Menyentuh aspek agama Islam di Lesotho, latar belakang agama minoriti itu seakan tenggelam oleh dominasi agama terbesar dan paling ramai pengikut di sana iaitu Kristian

Memetik laporan dari U.S Department of State, “2005 Report on International Religious Freedom”, Gereja Katolik memberi anggaran bahawa sekitar 90% daripada seluruh warga Lesotho menganuti agama Kristian. Pecahan cabang fahaman Kristianisasi di sana adalah seperti berikut: –

  1. 65% menganuti fahaman Katolik Roman (Protestan)
  2. Baki 25% menganuti fahaman Evangelical, Anglical dan lain-lain cabang Kristianisasi

Laporan itu pergi lebih lanjut dengan memperincikan data tentang komuniti penganut agama lain termasuk Islam di negara itu.

Antaranya, sebanyak 10% daripada keseluruhan populasi di Lesotho tidak menganuti ajaran Kristian. Sebaliknya mereka ini terdiri dari kelompok penganut ajaran Islam, Hindu, Buddha dan agama paganisme.

ISLAM DI LESOTHO

Komuniti Islam di Lesotho kebanyakan memilih penempatan di bahagian timur laut negara itu, berbanding Kristian yang tinggal berselerakan di serata negara.

Kebanyakan Muslim di Lesotho, menurut sumber U.S Department of State,berasal dari Asia, dan ini berbeza dengan Kristian yang rata-rata merupakan peribumi dari kalangan etnik Basotho.

Warga Muslim di Lesotho yang mendapat perhatian pihak Islamic Relief. Kredit gambar: Shanaaz Ebrahim Gire (Facebook)

Di Lesotho, menurut sumber yang sama, warga Muslim mempunyai tujuh buah masjid. Kebanyakan masjid, pusat latihan Islam serta madrasah di sana dibina hasil bantuan Kedutaan Libya, yang dipimpin oleh Muammar Ghaddafi.

Namun, laporan dari U.S Department of State merincikan bahawa Muslim di Lesotho mendakwa, terdapat halangan birokrasi dalam proses membesarkan keluasan masjid.

Masjid di Lesotho. Sumber: Republika.co.id

DASAR DAN POLISI KERAJAAN

Perlembagaan negara itu memberikan kebebasan beragama kepada warganegara, dan pihak kerajaan dilihat komited dalam melaksanakan perkara ini.

Dilaporkan bahawa di Lesotho, kerajaan tidak mengiktiraf mana-mana agama sebagai agama rasmi negara, dan U.S Department of State melaporkan lagi bahawa kerajaan tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana agama di negara itu.

Antara bahagian dalam Perlembagaan Lesotho

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button