Isu SemasaTempatan

Kos Ambil Amah Kemboja Bakal Naik

Pada 2011 Kemboja telah melarang rakyatnya daripada bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah selepas beberapa laporan mengenai layanan buruk daripada majikan termasuk diberi terlalu banyak kerja, pertikaian membabitkan gaji, serta penderaan seksual dan fizikal.

Namun pada 2015 Kemboja telah bersetuju untuk menarik balik sekatan tersebut dan menetapkan beberapa prosedur yang menjadikan proses mengambil pembantu rumah daripada negara itu lebih sukar.

Tahun lepas Malaysia dan Kemboja telah menandatangani satu lagi perjanjian yang memerlukan majikan Malaysia menyediakan pembantu rumah Kemboja dengan telefon bimbit pintar, akaun bank dan kaunseling.

Menyukarkan lagi keadaan, kerajaan Kemboja baru-baru ini telah mencadangkan pelan untuk mewajibkan pekerja mereka untuk menjalani latihan selama lima hari di syarikat yang ditentukan oleh kerajaan. Kos keseluruhan untuk latihan tersebut adalah US$300 (RM1,204).

Namun menurut sumber industri, latihan tambahan tidak diperlukan kerana pekerja telahpun memiliki pengalaman bekerja.

Syarat-syarat baharu ini telah mendapat bantahan daripada beberapa agensi pembantu rumah di Malaysia kerana ia akan menaikan kos keseluruhan untuk mengambil pekerja.

Presiden Persatuan Majikan Pembantu Rumah Malaysia, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein menggalakkan bakal majikan untuk memohon menerusi aplikasi di dalam talian.

Namun, proses mengambil pekerja asing sebagai pembantu tidak berubah, majikan juga boleh mendapatkan pembantu rumah menerusi agensi.

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker