Sukan

Belgium Enggan Ambil Jalan Mudah

Selepas malam yang sukar untuk dilupakan apabila menewaskan England yang kelihatan ‘lega’ dengan kekalahan itu dan meletakkan mereka di kelompok yang lebih mudah,┬áBelgium percaya jika mereka melangkah dengan berani, mereka boleh pergi jauh.

Kali terakhir “generasi emas” the Red Devils mendapat laluan mudah untuk ke peringkat akhir, mereka mensia-siakannya, kata jurulatih Roberto Martinez.

Dan kini, mereka bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, bermula dengan Jepun pada minggu hadapan.

Kemenangan 1-0 dan mengunci tempat teratas kumpulan G selepas sepakan lencong Adnan Januzaj, telah meletakkan Belgium sekelompok dengan Brazil, Perancis dan Argentina.

Dan buat England, selepas Juara bertahan Jerman tersingkir, mereka hanya perlu berdepan Sepanyol selaku bekas juara.

Image result for belgium

“Saya tidak rasa kita boleh mengambil ringan,” kata jurulatih dari Sepanyol itu, sambil memetik Jerman dan pasukan-pasukan besar yang telah tumbang.

“Saya tidak rasa anda boleh mengharap untuk mendapat jalan mudah di kejuaraan Piala Dunia.

“Kita dapat lihat itu di Euros dua tahun lepas.”

Di Euro 2016, setelah menamatkan peringkat kumpulan di belakang Itali bermakna Belgium dapat mengelakkan diri daripada bertemu Jerman, Perancis atau juara bertahan, Sepanyol sebelum ke peringkat akhir.

Selepas menewaskan Hungary 4-0 di peringkat 16 kumpulan terakhir, Belgium merasakan sebelah tangan mereka sudah berada di atas piala, namun Wales berpendapat sebaliknya, dan membelasah mereka 3-1 di suku akhir.

“Di dalam perlawanan yang sukar untuk ditonton, England kelihatan bersikap sinikal, dan Belgium tidak mahu merendahkan diri mereka,” memetik laporan Le Soir, sebuah surat khabar yang berpangkalan di Brussels selepas perlawanan yang berlangsung pada pagi Jumaat di mana jurulatih England, Gareth Southgate seperti langsung tidak mencuba untuk sekurang-kurangnya mendapatkan seri di dalam perlawanan itu.

Image result for belgium world cup

Akhbar De Standaard pula menulis: “The Red Devils memaparkan semangat kesukanan dan keinginan dan menunjukkan bahawa mereka tidak gentar kepada sesiapa — walaupun Brazil.”

Martinez memuji pasukannya yang memasuki padang dan bermain sebagai satu pasukan yang mantap. Tidak seperti di bawah bekas pengurus mereka sebelum ini, Marc Wilmots di mana perlanggaran ego sering berlaku di kalangan pemain mereka.

“Di atas padang, kami hanya berfikir untuk bergembira,” kata pemain tengah, Youri Tielemans yang berusia 21 tahun.

“Semua pengiraan itu bukanlan untuk kami, tetapi untuk pihak wartawan. Kedua-dua kelompok adalah sukar. Kami menunjukkan bahawa kami semua adalah sangat kompetetif. Kami semua sangat bagus.”

Show More

Related Articles

Back to top button