Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Bukti Bahawa Sawan Memburukkan Lagi Autisme

Umum mengetahui bahawa kebanyakan kanak-kanak autisme akan mengalami sawan. Walau bagaimanapun banyak lagi yang perlu dipelajari tentang hubungan di antara kedua-dua penyakit ini.

Sebuah kajian oleh Penn’s Perelman School of Medicine mendapati kemungkinan besar apabila seseorang itu terkena sawan, ia akan menyebabkan sinapsis di dalam otak terangsang tetapi mengganggu pertumbuhan pembelajaran kanak-kanak autisme.

Walau bagaimanapun mereka mendapati ubat yang terdapat di pasaran serta rawatan yang sedang diusahakan boleh “membisukan” rangsangan sinapsis dan membenarkan otak berkembang secara normal.

“Kami mempunyai bukti bahawa sawan memburukkan lagi autisme,” kata Frances Jensen yang bergabung dengan Harvard dan Carleton University untuk kajian ini.

Keadaan Otak Autisme Dan Sawan

Otak kanak-kanak selalunya akan mengalami jangka masa yang kritikal di mana sinapsis yang berfungsi untuk mengenal bahasa adalah aktif pada masa ini.

Oleh itu jika ia dinyahbunyi akibat terkena sawan, otak kanak-kanak akan sukar mempelajarinya pada usia umur yang kritikal.

Kajian yang menggunakan tikus ini mendapati pencarian masa yang tepat untuk menghentikan sawan setelah ia terjadi adalah sangat diperlukan. Ini adalah supaya waktu kritikal bagi otak kanak-kanak untuk berkembang boleh berjalan tanpa sebarang masalah.

Ubat Untuk Menghentikan Sawan

Sememangnya ubat yang berada di pasaran boleh membantu mengatasi sawan tetapi kajian masih diteruskan untuk mewujudkan ubat sawan yang lebih efektif dan spesifik terhadap masalah individu.

Ubat yang digunakan oleh kajian Jensen pula belum lagi diluluskan untuk penggunaan kanak-kanak tetapi beliau menasihatkan supaya ubat yang ada sekarang perlu di ambil untuk menghalang daripada perubahan otak. Ini adalah terutamanya bagi kanak-kanak yang sudah disahkan menghidapi autisme.

Gejala Sawan Yang IbuBapa Perlu Perhatikan

Menurut rencana di dalam UtusanOnline, gejala sawan berbeza dan bergantung kepada jenis. Ramai menyangka sawan atau epilepsi sama dengan demam sawan. Walaupun tandanya hampir sama, ibu bapa perlu peka dan tahu membezakannya.

Demam sawan berpunca daripada demam panas pada kanak-kanak antara enam bulan hingga lima tahun. Sawan biasanya menyerang orang dewasa disebabkan faktor semulajadi dan tekanan mental dan mungkin sukar dikenal pasti di kalangan kanak-kanak.

Contohnya, sesetengah sawan menyebabkan pesakit suka berkhayal atau anak kecil tersandung. Apabila ini kerap berlaku dalam corak yang sama, mungkin mereka sawan. Sawan sukar didiagnosis pada kanak-kanak.

Tanda kanak-kanak sawan:

– Merenung kosong seperti berkhayal.

– Jatuh secara tiba-tiba tanpa sebab.

– Kurang tindak balas untuk tempoh singkat.

– Mengantuk berlebihan.

– Mengangguk berulang-ulang.

– Mata berkelip laju.

– Sakit perut tiba-tiba diikuti kekeliruan.

– Kerap cuai bila melakukan sesuatu.

– Tiba-tiba takut tanpa sebab jelas.

Show More

Related Articles

Back to top button