Antarabangsa

Mari Berkenalan Dengan Warga Muslim Di Swaziland

Islam di Swaziland bukanlah sesuatu yang asing, meskipun benua Afrika acapkali menampilkan agama itu sebagai model komuniti yang sarat stigma negatif.

Muslim di Swaziland dari kalangan ahlo pertubuhan Swaziland Islamic Foundation

NARATIF SEJARAH

Kehadiran Islam ke sana dapat dijejaki semenjak era kolonial di Afrika (circa 1800), apabila British membawa masuk buruh dan pekerja Muslim ke negara itu.

Muslim yang dibawa kebanyakan berasal dari benua Sub-India dan Afrika Utara, dan mereka inilah yang bertanggungjawab menyebarkan syiar mulia agama suci itu kepada peribumi di Swaziland.

PERTEMBUNGAN ISLAM DENGAN MONARKI

Pada tahun 1963, pekerja Islam di Swaziland yang berasal dari Malawi, mendominasi industri pengeluaran dan perlombongan asbestos.

Mereka ini menampilkan pekerti Muslimin yang mulia pada waktu itu, sekaligus menarik minat warga tempatan untuk mendekati dan mengenali Islam.

Akhirnya, pertembungan Malawi-Swazi itu mencambahkan benih asimilasi, sehingga monarki ketika itu mengiktiraf agama Islam di bawah payungan kuasa mereka.

ISLAM TERKINI

Menurut laporan tahin 2011 oleh US Department of State’s International Religious Freedom, kerajaan Swaziland memberi kebebasan beragama kepada rakyat.

Namun dalam pada itu, merujuk laporan yang sama, kumpulan agama yang minoriti kurang mendapat pembelaan dalam senario melibatkan amalan tradisi dana keagamaan.

Laporan itu turut pergi lebih jauh dengan memperincikan senario, yang seolah menggambarkan proses birokrasi yang merumitkan bagi mendapat kelulusan untuk projek-projek keagamaan (kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis).

PUSAT KOMUNITI ISLAM

Masjid pertama dibina di kampung bernama Ezulwini pada tahun 1978.

Terletak berdekatan dengan ibu negara iaitu Mbabane, masjid itu mampu menempatkan sehingga 1,200 jemaah pada satu waktu.

Sesuai dengan peningkatan jumlah Muslim di Mbabane, sebuah masjid lain kemudian dibina pada tahun 1982 di  kawasan Malunge.

Masjid Hadi yang terletak di Hiatikulu, Swaziland

PERTUBUHAN ISLAM BERPENGARUH

Pengaruh komuniti muslim di Swaziland tidak dapat dinafikan.

Membuktikan kenyataan ini ialah melalui penubuhan The Islamic Youth Organization of Swaziland.

Pertubuhan yang berperanan sebagai payung utama (umbrella leading group) muslim di sana, memainkan fungsi membangunkan syiar Islam di Swaziland.

Antaranya, mereka terlibat dalam pembangunan: –

1. Pusat masyarakat Islam

2. Klinik

3. Pusat latihan belia

4. Pusat pembangunan muslimah

The Islamic Youth Organization of Swaziland turut berperanan melestarikan fungsi sesebuah masjid, bukan sahaja sebagai pusat ibadah bahkan menjadi pusat aktiviti muslimin.

Sejajar dengan tuntutan globalisasi, mereka turut menyertai gerakan pembangunan dan pemantapan Islam di peringkat benua Afrika.

Ini termasuklah meluaskan jaringan operasi bersama: –

1. Muslim Youth Movement of South Africa – Durban

2. Islamic Da’wah Movement of South Africa

3. Southern Africa Da’wah Network, Islamic Call Society – Maputo

4. Blue Crescent Society – Mauritius,

5. World Assembly of Muslim Youth – South Africa

6. Africa Muslim Youth Congress – Durban.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button