Isu SemasaTempatan

Kenapa Kos Rawatan Veterinar Semakin Naik?

Ramai rakyat Malaysia memiliki haiwan peliharaan tersayang. Ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk merawat haiwan kesayangan yang jatuh sakit.

Namun kenaikan kos rawatan veterinar semakin membimbangkan ramai pencinta haiwan. The Star melaporkan terdapat sesetengah klinik veterinar yang mengenakan caj antara RM266 hingga RM850 untuk presedur penskalaan gigi.

Bagi prosedur mengkasi haiwan peliharaan, harga rawatan boleh didapati dengan harga antara RM200 hingga RM480.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), mereka tidak mengenakan kawalan harga ke atas kos rawatan veterinar. Ketua pengarah JPV, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata sebagai pengamal perubatan, doktor haiwan perlu bertanggungjawab dan profesional.

Ujarnya lagi, sesetengah klinik haiwan mungkin mengenakan caj yang lebih mahal atas sebab tenaga pekerja dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Untuk kes rawatan scaling, kos rawatan adalah tinggi disebabkan haiwan tersebut perlu diberi anestetik sebelum rawatan bermula menjadikannya satu prosedur pembedahan.

Dalam pada itu, gaji doktor haiwan serta kakitangan mereka telah naik dan ia telah menyumbang kepada kenaikan kos keseluruhan.

Bagi kos ubat pula, presiden Malaysian Small Animal Veterinary Association (MSAVA), Dr G. Gopinathan berkata ubat veterinar diimport dari Eropah, Australia, Amerika dan India.

Namun pengawalan dadah baharu daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengehadkan bilangan ubat veterinar yang masuk ke Malaysia.

Pengawalan ini memerlukan ujian makmal dan analisis reaksi ubat kepada cuaca Malaysia untuk memastikan ia sesuai dengan klima di sini.

Tetapi disebabkan pasaran Malaysia kecil, sesetengah syarikat perubatan luar negara memilih untuk tidak melakukan ujian makmal tersebut. Oleh itu terdapat kesukaran untuk membawa masuk ubat veterinar ke Malaysia.

Pada Mac 2018, terdapat hanya 729 jenis ubat veterinar di Malaysia berbanding 5,000 dahulu.

Jika anda mempunyai aduan tentang doktor haiwan yang tidak beretika, anda boleh mengemukannya kepada Majlis Veterinar Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button