AntarabangsaAsiaIsu SemasaPolitik

50,000 Pemerhati Akan Pantau Pilihan Raya Kemboja

Dalam mana-mana pilihan raya umum, pemerhati pilihan raya memainkan peranan yang sangat mustahak demi memastikan proses pemilihan berjalan dengan lancar dan telus.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) mengumumkan bahawa seramai 50,000 pemerhati, termasuk mereka yang datang dari China, Myanmar, dan Singapura, akan memantau pilihan raya umum negara itu yang akan berlangsung pada bulan depan.

NEC berkata, penglibatan pemerhati antarabangsa membuktikan bahawa pilihan raya akan dilaksanakan secara terbuka dan komprehensif.

“Ini menunjukkan bahawa pilihan raya adalah terbuka, penglibatan (pemerhati) adalah komprehensif dan terdapat kepercayaan yang tinggi terhadap pemilihan kali ini,” kata jurucakap NEC, Hang Puthea.

Dalam pada itu, NEC juga dilaporkan sedang menyemak permohonan-permohonan 800 lagi pemerhati antarabangsa daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat untuk memantau pilihan raya umum pada 29 Julai nanti.

Memetik laporan Straits Times, Perdana Menteri, Hun Sen dijangka akan meraih kemenangan besar berikutan pembubaran secara paksa Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNPR),¬† iaitu parti pembangkang utama di negara itu, kerana didakwa melakukan ‘pembelotan dan ingin menggulingkan kerajaan.’

Namun,¬†Kumpulan hak asasi manusia dan kuasa-kuasa Barat menyifatkan pengharaman CNRP sebagai “kemusnahan demokrasi” serta “taktik kotor” kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan menjelang pilihan raya.

Rhona Smith, seorang pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  di Kemboja berkata, pilihan raya ini tidak akan menjadi lengkap jika CNRP dilarang untuk mengambil bahagian.

Walaupun sudah mentadbir Kemboja lebih daripada 30 tahun, Hun Sen pada tahun lepas meluahkan hasratnya untuk kekal berkuasa sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 tahun lagi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button