Isu SemasaMalaysiaTempatan

Tiga Pasukan Khas PDRM Akan Dibubarkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan penstrukturan semula dan akan memansuhkan tiga pasukan khas dalam masa yang terdekat.

Memetik laporan The Star, pasukan-pasukan berkenaan adalah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (Stagg), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Berikut adalah peranan setiap pasukan yang akan dibubarkan itu:

STAGG – Ditubuhkan untuk menangkap individu-individu ‘besar’ yang terlibat dalam sindiket perjudian tempatan dan antarabangsa.

STING – Menyasarkan sindiket serta raja-raja dadah

STAFOC – Membanteras gangsterisme dan jenayah-jenayah serius yang lain

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau telah menerima penerangan pertama berhubung perkara tersebut dan ia mungkin akan dimuktamadkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

“Saya sudah mendengar taklimat peringkat pertama penyusunan dan cadangan mengenai rombakan dalam PDRM dan akan disusuli dengan beberapa lagi taklimat.

“Menerusi taklimat ini, rombakan ini turut melibatkan perjawatan…Saya akan mengumumkannya secara lengkap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, pada Selasa.

Ujar beliau, tujuan rombakan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pasukan polis negara menjadi sebuah agensi penguatkuasa yang berintegriti dan berkredibiliti tinggi serta dihormati oleh masyarakat.

“Kami mahu masyarakat untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap pasukan polis,” jelasnya.

Tambah Muhyiddin, PDRM masih mempunyai ruang untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan sedia ada dalam beberapa perkara.

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan Malaysia salah satu negara yang paling selamat di dunia,” kata beliau.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker