Wayang

Incredibles 2 Penuh Dengan Babak Lucu Dan Aksi Menarik

14 tahun telah berlalu sejak kali terakhir The Incredibles dikeluarkan di pawagam. Filem animasi Pixar ini adalah sambungan kepada pengakhiran filem tersebut.

Di dalam dunia The Incredibles 2, adiwira masih diharamkan menggunakan kuasa mereka untuk menentang kejahatan.

Kali ini, dua adik-beradik yang mempunyai kemewahan yang melimpah-ruah berhasrat untuk membantu golongan adiwara untuk meneruskan kerja baik mereka dengan mengubah pandangan masyarakat terhadap adiwira.

Evelyn dan Winston Deavor telah mengaturkan beberapa aksi publisiti dan menyediakan pelbagai sumber dari segi pakaian dan peralatan untuk memperbaiki imej mereka di mata orang ramai.

Menggunakan Elastigirl sebagai poster girl, misi mereka bermula dengan beberapa tugas menbanteras jenayah manakala suaminya, Bob, perlu tinggal di rumah untuk menjaga tiga orang anak mereka yang bermacam ragam.

Filem ini juga merupakan kali pertama anak bongsu mereka, Jack-Jack memperkenalkan kuasanya. Dengan babak-babak comel dan lucu, Jack-Jack telah mencuri hati ramai penonton.

Terdapat hanya satu kelemahan di dalam filem ini di mana watak protagonis tidak dirancang dengan teliti. Daripada awal, identiti Screenslaver iaitu dalang disebalik beberapa kejadian jenayah yang melanda banda tersebut, dapat diketahui dan tidak memberi kesan suspen ketika didedahkan identiti sebenarnya.

Tetapi secara keseluruhan, filem ini penuh dengan pelbagai aksi dan babak lucu yang sesuai menjadi tatapan untuk seisi keluarga.

Show More

Related Articles

Back to top button