Sukan

Chong Wei Dan Lin Dan Mara, Chen Long Tersungkur

Ia adalah permulaan yang mudah buat Datuk Lee Chong Wei, namun lawan seterunya Chen Long dari China sedang merasai kempen terburuknya dalam lapan tahun di Terbuka Malaysia Celcom Axiata.

Chong Wei yang sedang mengejar kejuaran ke-12 beliau, mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-13, 21-10 ke atas Kazumasa Sakai dari Jepun dalam masa 33 minit.

Buat juara pingat emas Olimpik, Chen Long, ianya telah berakhir berikutan kekalahan 21-23, 5-21 yang mengejutkan kepada pemain muda Thailand, Kantaphon Wangcharoen.

Ia adalah penyingkiran pada pusingan pertama bintang badminton dari China itu sejak 2010.

Chong Wei, 35 tahun bakal berdepan Lee Hyun-il dari Korea Selatan di dalam perlawanan antara veteran. Hyun-il yang berusia 38 tahun menewaskan Suppanyu Avihingsanon dari Thailand dengan 21-18, 21-13 di dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Chong Wei mengatakan beliau gembira kerana dapat mara, namun tidak terkejut dengan penyingkiran awal Chen Long.

“Perlawanan pertama sentiasa sukar, terutamanya pada 11 mata awal kerana anda sedang mencuba untuk menyesuaikan diri.

“Jadi saya gembira kerana mendapat kemenangan¬† dalam dua set,” ujar Chong Wei.

“Pemain ternama perlu lebih berjaga-jaga di pusingan pertama. Pemain-pemain muda bermain tanpa perasaan takut.

“Samada Chen Long terkeluar atau tidak, ia tidak mengubah apa-apa. Saya perlu menumpukan perhatian ke atas persiapan saya. Saya tahu siapa lawan saya seterusnya dan saya akan fokus.”

Percaturan dua lagi pemain China, Lin Dan dan Shi Yuqi membuahkan hasil, dan juara Denmark, Viktor Axelson juga melepasi pusingan pertama dengan gayanya.

Juara Bertahan Lin Dan berada di dalam tahapnya yang tersendiri apabila menewaskan Vincent Wong Wing Ki dari Hong Kong 21-17, 21-8, sementara juara Seluruh-England, Yuqi terpaksa berhempas pulas ketika menewaskan Rajiv Ouseph dari England dengan 24-22, 21-17.

Axelsen juga dilihat tercungap-cungap ketika menentang Khosit Phetpradab dari Thailand sebelum menang 21-17, 18-21, 21-13 dalam masa 57 minit.

Chon Long walaupun tewas, tetap memuji Kantaphon.

“Pemain Thailand itu bermain hebat, dia tidak memberikan saya peluang langsung. Saya tewas kepada corak permainan yang lebih baik hari ini,” kata Chen Long.

“Tewas di pusingan pertama bukanlah baru buat saya. Saya tidak risau langsung. Anda menang dan anda kalah. Saya akan bangkit semula di Terbuka Indonesia minggu hadapan.”

Kantaphon, 19 tahun yang bakal berdepan Tommy Sugiarto dari Indonesia berkata: “Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menewaskan salah seorang pemain terbaik dunia hari ini. Saya tidak percaya saya melakukannya. Saya akan cuba untuk pergi sejauh yang boleh.”

Sementara itu, pemain nombor lapan dunia, Lin Dan tidak menunjukkan sebarang kesan akibat kecederaan di dada yang memaksa beliau untuk menarik diri daripada Terbuka AS dua minggu lalu. Sebaliknya beliau dilihat berkobar-kobar mahu membalas dendam terhadap rakan sepasukan, Yuqi yang berada di tangga ketiga dunia, kerana menewaskan beliau di pusingan akhir Seluruh-England pada Mac yang lalu.

“Shi Yuqi telah banyak meningkat di dalam enam bulan ini. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit,” kata Lin Dan yang mempunyai misi di Malaysia untuk mengumpul sebanyak mata yang boleh.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close