Hiburan

Barack Dan Michelle Obama Bakal Hasilkan Beberapa Filem Untuk Netflix

Barack dan Michelle Obama telah menandatangani satu perjanjian dengan Netflix untuk menghasilkan beberapa filem dan dokumentari untuk syarikat gergasi streaming TV tersebut.

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) dan wanita pertama akan mengembangkan beberapa idea untuk siri TV yang berpotensial, antaranya termasuk siri berskrip dan dokumentari.

“Salah satu kegembiraan kami ketika dalam perkhidmatan awam adalah bertemu dengan ramai orang menarik daripada semua lapisan masyarakat, dan untuk membantu mereka berkongsi pengalaman mereka dengan khalayak yang lebih luas,” kata bekas presiden Obama dalam satu kenyataan.

“Itulah sebabnya Michelle dan saya begitu teruja untuk bekerjasama dengan Netflix – kami berharap dapat memupuk dan mengurus suara berbakat, berinspirasi, kreatif yang dapat menggalakkan empati dan pemahaman yang lebih tinggi antara orang ramai, dan membantu mereka berkongsi cerita mereka dengan seluruh dunia.

The New York Times sebelum ini melaporkan bahawa bekas presiden AS itu sedang berbincang untuk menghasilkan filem yang “menyerlahkan inspirasi” daripada menyerang pihak konservatif atau mengkritik Donald Trump.

Michelle Obama mendedahkan sedikit bahawa program mereka akan mengikuti template ini, mengatakan beliau dan suaminya “sentiasa percaya dengan kuasa bercerita untuk memberi inspirasi kepada kita semua, untuk membuat kita berfikir secara berbeza mengenai dunia di sekeliling kita, dan untuk membantu kita membuka minda dan hati kita untuk yang lain”.

Show More

Related Articles

Back to top button