HiburanWayang

Ant-Man Kembali Dengan Teman Baru

Ramai orang tertanya ke manakah Ant-Man ketika The Avengers mempertahankan dunia semasa Thanos menyerang?

Semuanya akan terjawab dalam filem solo Ant-Man, Ant-Man dan The Wasp yang bakal ditayangkan 4 Julai ini.

Ant-Man dan The Wasp – Marvel

Plot cerita ini diambil di antara pengakhiran Captain America: The Civil War dan sebelum bermulanya The Avengers: Infinity War.

Scott Lang yang kini merupakan tahanan di rumah selepas terlibat dalam insiden ‘Civil War’, berbelah bahagi untuk menjadi Ant-Man ataupun seorang ayah.

Namun, Hank Pym dan Hope van Dyne kembali bertemu Scott dan memerlukan bantuannya dalam satu misi yang akan mengubah segala-galanya.

Kali ini Scott tidak akan menjalankan misi tersebut sendirian, sebaliknya dia akan dibantu oleh Hope yang akan menjadi  The Wasp buat pertama kali.

The Wasp dan Ant-Man | Ant-Man dan The Wasp – Marvel

Di dalam filem ini, Quantum Realm akan diceritakan dengan lebih mendalam dan merupakan sebagai salah satu topik utama filem ini.

Menurut pengarah filem ini, Peyton Reed, Ant-Man and The Wasp merupakan sebuah filem mencari-dan-menyelamat seseorang individu namun pengembaraan ini dihalang oleh watak antagonis utama filem ini, Ghost.

Joe Russo, pengarah filem The Avengers: The Infinity War juga menyatakan disebabkan plot filem ini berlaku sebelum Infinity War, sedikit sebanyak ia akan membantu memberikan petanda atau elemen untuk filem The Avengers seterusnya.

Evengeline Lilly, Michael Douglas dan Paul Rudd | Ant-Man dan The Wasp – Marvel

Paul Rudd, Evangeline Lilly, Michael Douglas serta Michael Pena kembali memainkan watak mereka di dalam The Ant-Man dan akan dibantu aktres Michelle Pfeiffer.

Show More

Related Articles

Back to top button