Gaya HidupKecantikan

‘Tatu Rambut’ Semarakkan Demam Piala Dunia

Mencari potongan rambut baru untuk meraikan Piala Dunia dengan penuh gaya? Di Serbia, seorang pendandan rambut menggunting “potret” bintang bola sepak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo di belakang kepala pelanggannya.

Mario Hvala mempamerkan kreativitinya apabila mengukir “tatu rambut” di kepala pelanggannya di salon miliknya yang terletak di Bandar Novi Sad menjelang demam Piala Dunia.

Semuanya bermula sembilan tahun yang lalu apabila Hvala memberi cadangan kepada pelanggan untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

Cadangan itu berakhir dengan baik apabila Hvala berjaya mengukir ‘tatu rambut’ berbentuk tarantula menggunakan pisau cukur pada rambut di belakang kepala lelaki itu.

Dan ia berubah menjadi fesyen tempatan di bandar kedua terbesar Serbia, Novi Sad.

Image result for hair tattoo serbia

“Potret adalah ukiran yang paling kompleks ketika melakukan ‘tatu rambut’. Ia mengambil masa lima hingga tujuh jam,” kata Hvala.

Dengan Serbia layak menyertai Piala Dunia di Rusia, Hvala menawarkan idea untuk “melukis” wajah pemain bola sepak terkenal dunia iaitu Ronaldo dan Messi untuk peminat-peminat mereka.

“Apabila saya membuat potret Ronaldo saya mendapat banyak komen positif dan orang ramai terkejut,” tambah lelaki berusia 35 tahun itu.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pelanggan yang membuat “tatu rambut” sering menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang meminta untuk bergambar bersama.

Potongan rambut biasa di salon Hvala bernilai € 8 (RM38), tetapi potret penuh berharga € 150 (RM704).

Image result for hair tattoo serbia

Bagi Sreten Pantic, 35, yang memilih Ronaldo, dan Aleksa Maricevic, 27, yang memilih Messi, Hvala mengukir ‘tatu rambut’ secara percuma di kepala mereka untuk tujuan promosi.

“Ini kali kedua saya melakukan fesyen tatu rambut. Yang pertama ialah potret wajah Presiden Rusia Vladimir Putin,” kata Maricevic. – Star2

Show More

Related Articles

Back to top button