Isu SemasaTempatan

Bazaar Di Jalan Masjid India Dan Lorong TAR Ditutup

Isu pengurusan lot bazaar di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) telah lama menjadi aduan para peniaga.

Terlalu banyak kes telah berlaku di mana golongan individu menyewa gerai lot mereka kepada pihak ketiga untuk meraih keuntungan lebih.

Bagi mengekang gejala tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan pelbagai inisiatif termasuk mengenakan kompaun selain menyenaraihitamkan nama mereka daripada memohon lesen perniagaan.

Terdapat juga kes dimana tapak bazaar disewa dengan harga sehingga RM20,000 sedangkan DBKL menyewakan tapak tersebut pada harga yang rendah.

Justeru, menurut laporan The Star, DBKL telah mengumumkan untuk menutup bazaar tersebut dan tahun ini menandakan kali terakhir bazaar itu dijalankan.

Datuk Bandar Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata terdapat terlalu banyak aduan dan bazaar di kawasan itu semakin sukar untuk diuruskan.

Selain salah pengurusan, masalah kebersihan juga semakin membimbangkan, kata Amin Nordin.

Datuk Bandar berkata sepanjang tempoh bazaar Ramadan dijalankan, seluruh kawasan tersebut di dibanjiri dengan sampah sarap di merata-rata tempat.

Pemilik perniagaan di kawasan itu juga telah mengemukakan beberapa aduan tentang gerai yang berniaga di hadapan kedai mereka lalu menghalang kawasan pintu masuk.

Dalam pada itu, Amin Nordin berkata pasar malam yang diadakan setiap Sabtu di Lorong TAR masih diteruskan seperti biasa.

Bazaar di Jalan Masjid India dan Lorong TAR dilancarkan pada 2003, dan telah menawarkan tempat perniagaan kepada 100 gerai.

Show More

Related Articles

Back to top button