Teknologi

Oppo Find X – Inovasi Kamera Telefon Tersembunyi

Rekaan terkini dunia telefon pintar melibatkan skrin penuh bagi mendapatkan paparan lebih besar tanpa halangan. Namun dimanakah lokasi kamera selfie dan speaker pendengaran harus diletakkan?

Itulah yang cuba dilakukan oleh Oppo melalui rekaan telefon pintar terbaru mereka – Oppo Find X.

Mekanisma dan inovasi yang menjadi fokus utamanya adalah kedudukan kameranya.

Melihat telefon ini pasti anda tertanya-tanya di mana letaknya kamera telefon ini kerana anda tidak akan menjumpai sebarang lensa kamera padanya tanpa mengaktifkan peranti.

Satu mekanisma yang terdapat pada bahagian atas telefon ini akan mengeluarkan kamera tersembunyi di sebaliknya.

Kedua-dua kamera selfie dan kamera belakang akan keluar dari dalam telefon di bahagian atas secepat 0.5 saat bagi penggunaan pengambaran.

Kamera depan ini juga berfungsi sebagai pembuka kunci telefon menggunakan pengecaman wajah.

FIND X SEBAGAI PERANTI TELEFON PINTAR

Didatangkan spesifikasi yang sangat hebat – 8GB Ram berserta memori dalaman sebanyak 256GB, Find X dikuasakan dengan chipset Qualcomm SDM845 Snapdragon 845.

Dengan skrin sebesar 6.42 inci AMOLED Corning Gorilla Glass 5, paparan imej lebih jelas, cantik dan besar.

Namun tiada pengimbasan jari yang dibina pada telefon ini.

Kamera 25MP dengan bantuan AI Enhanced 3D Camera dibina untuk kamera hadapan manakala dual kamera (20MP + 16MP) untuk kamera belakang.

Telefon ini turun diperkasakan dengan bateri sebesar 3730 mAh dan mampu mengecas telefon sepenuhnya dalam masa 35 minit dengan teknologi VOOC Fast Charger.

EDISI FIND X – LAMBORGHINI

Melalui pelancaran Oppo Find X, pihak Oppo juga telah bekerjasama dengan syarikat automotif gergasi, Lamborghini bagi menghasilkan edisi khas Lamborghini.

Selain rekaan karbon fiber dan logo Lamborghini yang terpapar di bahagian belakang telefon, edisi ini dihebatkan dengan storan sebesar 256GB.

Oppo telah menetapkan harga pasaran bagi Oppo Find X adalah €999 (sekitar RM4,700) dan edisi Lamborghini pada €1699 (sekitar RM7,800).

Peranti ini akan dikeluarkan sekitar Ogos 2018.

Show More

Related Articles

Back to top button