Isu SemasaTempatan

Dua Kadet Malaysia Ikuti Latihan Di Akademi Tentera A.S.

Mengikut jejak langkah Mejar Patricia Yapp Syau Yin, juruterbang jet pejuang wanita pertama Malaysia, Janushaa Bala Krishnan Muthiah, 19, mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi juruterbang tentera laut wanita pertama negara ini.

Sejak awal remaja, ia telah menjadi impiannya untuk menjadi juruterbang pejuang selepas mendengar kisah silam atuk saudaranya yang pernah menerbangkan helikopter Nuri pada tahun 1980-an dan juga menyelematkan diri daripada pesawat yang terhempas pada 1991.

Pelajar bidang kejuruteraan di Univeristi Pertahanan Nasional Malaysia ini telah memohon untuk menyertai Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat apabila mendapat tahu tentang pemilihan untuk menyertai akademi tersebut.

Selepas melepasi beberapa peringkat temuduga dan penilaian, Janushaa mendapati bahawa kemasukan ke dalam akademi tersebut adalah sangat sukar. Dia kemudian diberi peluang lain untuk menyertai Akademi Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Menurut Janushaa, sebelum dapat menjadi juruterbang di dalam angkatan laut, dia perlu manjalani latihan ilmu pelayaran selama tiga tahun.

Selain Janushaa, Putra Nadeem Damanhuri Ahmad Damanhuri, 18, juga diterima masuk ke Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat untuk meneruskan pembelajaran di dalam kursus kejuruteraan teknikal.

Keputusannya untuk menyertai tentera didorong oleh bapanya ketika di dalam tingkatan tiga. Sejak itu ia telah menjadi cita-citanya untuk merialisasikan impiannya itu.

Putra Nadeem telah menjadi salah satu daripada 3 calon yang berjaya mengalahkan 100 calon lain daripada Royal Military College Malaysia.

Untuk masa hadapan, Putra Nadeem berharap dapat kembali ke tanah air untuk menyertai Akademi Tentera Udara Diraja Malaysia.

Duta Amerikat Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir berkata calon dinilai berdasarkan prestasi akademi, kebolehan fizikal, kelakuan, dan potensi kepimpinan.

Kini, Malaysia mempunyai hanya tujuh kadet yang sedang berkhidmat dalam akademi perkhidmatan Amerika Syarikat.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close