AntarabangsaIsu Semasa

33 Wanita Kemboja Dijumpai Jadi Ibu Tumpang Untuk Warga China

Pada awal tahun ini dunia dikejutkan dengan berita tentang seorang jutawan warga Jepun yang menggunakan khidmat ibu tumpang di Thailand untuk melahirkan seramai 16 anak.

Menurut pengasas klinik kesuburan tersebut, jutawan Jepun Mitsutoki Shigeta, 28, berhasrat untuk melahirkan 10 hingga 15 bayi setiap tahun sehingga akhir usia.

Pada 2015, Thailand telah mengharamkan perkhidmatan ibu tumpang kepada pasangan warganegara lain, yang telah menjadikan negara itu destinasi utama untuk “menyewa rahim”.

Pengharaman ini tidak terus menghentikan perkara ini daripada berlaku malah ramai beralih kepada negara jiran untuk mendapatkan perkhidmatan sama.

Baru-baru ini 33 wanita Kemboja dijumpai menjadi ibu tumpang untuk beberapa pasangan dari China dalam satu serbuan membanteras ibu tumpang komersil.

Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa telah menahan empat wanita Kemboya dan seorang pengurus dari China atas tuduhan pedagangan manusia dan menjadi perantara dalam industri ibu tumpang.

Manakala 33 wanita yang sedang mengandung tidak akan dikenakan sebarang tuduhan buat masa sekarang.

Walaupun ia telah diharamkan pada 2016, Kemboja masih menjadi destinasi popular untuk pasangan yang mempunyai kesukaran untuk melahirkan anak.

Setiap wanita dijanjikan kira-kira US$10,000 (RM40,000) untuk perkhidmatan ini.

Menurut Reuters, anggaran mendapati bilangan bayi China yang dilahirkan menerusi ibu tumpang mencecah lebih daripada 10,000 setiap tahun.

Klinik ibu tumpang haram sedang menumpukan perhatian kepada China kerana dianggarkan sekitar 90 juta pasangan kini dibenarkan memiliki dua anak selepas dasar satu anak dilonggarkan pada 2015.

Asia Tenggara telah lama menjadi destinasi popular untuk perkhidmatan tersebut disebabkan kos perubatan yang rendah, golongan wanita muda yang miskin dan tiada pengecualian terhadap pasangan termasuk pasangan homoseksual ataupun ibu bapa tunggal.

Namun sejak kebelakangan ini, amalan tersebut telah diharamkan di negara-negara yang terkenal sebagai destinasi utama untuk mendapatkan perkhidmatan ibu tumpang.

Show More

Related Articles

Back to top button