Uncategorized @ms

Apa Yang Akan Terjadi Apabila Tersalah Pilih Kursus Di Pengajian Tinggi?

Adakah anda tersilap langkah dengan memilih kursus yang bukan minat anda? Atau anda terpaksa membuat keputusan menerima tawaran kursus yang diberikan kerana tiada pilihan lain?

Ada juga yang terpaksa belajar sesuatu akibat paksaan dan dorongan ibubapa dan akhirnya terasa ia bukanlah minat sebenar diri.

Jika anda mengalami masalah seperti ini, jangan risau.. anda tidak keseorangan malah hidup anda tidak akan musnah akibatnya.

Ramai setelah mendapat segulung ijazah telah lari dari bidang yang mereka pelajari. Ada yang belajar sains semasa dalam pengajian tetapi bekerja di sektor perbankan. Ada yang belajar perubatan tetapi akhirnya menjadi juru solek profesional.

Tidak Perlu Risau Apabila Ingin Bertukar Haluan

Terdapat ramai mahasiswa yang masih belum pasti tentang kerjaya yang bakal diceburi olehnya setelah hampir tamat pengajian. Malah ada yang belajar untuk mencintai kerjaya mereka setelah menceburkan diri di dalam kerja tersebut.

Jangan risau kerana anda bukannya keseorangan di dalam situasi seperti ini. Ada yang turut berkongsi tentang cita-citanya untuk menjadi seorang peguam sejak di bangku sekolah tetapi akhirnya memilih untuk memasuki dunia korporat.

Walaupun ianya bukan sesuatu yanag mudah tetapi dia belajar tentang kerjaya tersebut melalui pengalaman kerja.

Jangan Risau Tentang Kemampuan Diri

Boleh ke saya kerja lain daripada apa yang saya pelajari? Mungkin itu yang anda persoalkan. Tapi apa yang dipelajari di dalam universiti sebenarnya adalah perkara asas. Ianya lain apabila anda memasuki alam pekerjaan.

Terdapat sebuah model pembelajaran dan pembangunan popular yang dikenali sebagai 70-20-10.

Model ini dicipta oleh Morgan McCall dan rakan-rakannya setelah melakukan kajian tentang pengurus yang berjaya. Ianya adalah hasil daripada:-

70% melakukan kerja secara rutin dan berulangan sehingga ia benar-benar dilaksanakan dengan baik dan mengelak daripada melakukan perkara yang membantutkan keadaan tersebut.

20% adalah daripada orang sekeliling – maklum balas dan pemerhatian yang dikongsikan oleh majikan, rakan sekerja dan sebagainya.

10% adalah daripada kursus dan bacaan.

Daripada model ini, perkara yang dipelajari di universiti tidak memainkan peranan yang signifikan untuk menjadi pengurus berjaya. Oleh yang demikian, anda tetap boleh berjaya dengan hanya bersandarkan pengalaman bekerja anda.

Belajar Melalui Kesilapan Dan Pengalaman

Pengalaman adalah sifu yang terbaik seseorang dan jangan risau atau takut untuk melakukan kesilapan. Kesalahan yang pernah dilakukan itu akan membentuk anda menjadi orang yang lebih baik kerana anda tahu perkara yang salah tidak akan membantu dalam kerjaya.

Sentiasa bertanya dan teruskan belajar. Gapailah apa sahaja pengalaman yang diberikan majikan walaupun ianya tidak ada kena-mengena dengan kerja hakiki kerana mungkin ia memberi pengalaman yang tidak akan dapat dibeli.

Pentingnya Kemahiran Insaniah

Kemahiran yang tidak dapat dibeli dan tidak dapat di mana-mana institusi pengajian adalah kemahiran insaniah. Kemahiran ini adalah penting dalam pekerjaan kerana majikan tidak akan melihat berapa banyak ‘A’ atau CGPA anda setelah anda diterima kerja.

Sebaliknya mereka akan melihat kemahiran anda berkomunikasi dengan rakan sekerja, cara anda menyampaikan sesuatu perkara, motivasi diri dan cara anda menangani emosi diri.

Kemahiran inilah yang akan mengasingkan anda dalam orang lain.

Oleh itu banyakkan bacaan dan lihat keadaan sekeliling. Pelajari dari kesilapan dan pelajari dari kesilapan orang lain kerana kemahiran ini adalah hasil didikan dan pengalaman seseorang yang tidak akan sama.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker