Gaya Hidup

5 Cara Untuk Menjadikan Rumah Anda Mesra Alam

Kita sering beranggapan bahawa untuk menjadikan rumah mesra alam bermakna kita perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Memang benar rumah mesra alam dilengkapi dengan peralatan moden yang mahal, tetapi kita tidak perlu menunggu untuk sampai ke tahap itu untuk menyelamatkan planet ini.

Apa yang perlu kita lakukan ialah menjalankan tabiat di rumah yang boleh menyelamatkan sumber dan wang kita.

Di sini terdapat lima tabiat yang boleh membantu anda untuk menyelamatkan bumi tanpa kos yang tinggi.

#1 Bertukar kepada mentol jimat tenaga

Related imageAnda mungkin pernah mendengarnya sebelum ini tetapi mentol jimat tenaga bukan sekadar gimik pemasaran. Mentol ini bukan hanya dapat mengurangkan bil elektrik anda tetapi juga menggunakan kurang sumber yang membahayakan alam sekitar.

Gantikan lampu-lampu kecil di rumah anda dengan menggunakan mentol mesra alam seperti lampu malap, lampu berwarna hiasan, dan lampu suluh.

#2 Katakan tidak kepada aerosol

Jika anda peminat semburan bilik dan produk sejenisnya, pastikan anda memilih produk tanpa aerosol.

Pilih semburan rumah tanpa aerosol kerana botol produk semburan dengan aerosol tidak akan terurai untuk waktu yang sangat lama dan bahan kimia yang digunakan di dalamnya boleh membahayakan alam sekitar dan keluarga anda.

#3 Hapuskan bekas makanan plastik

Related imageMenggunakan bekas kaca yang boleh dimasukkan dalam ketuhar gelombang mkro adalah lebih selamat berbanding menggunakan bekas plastik. Dalam jangka masa panjang, bekas plastik akan kehilangan bentuknya dan akan berbahaya untuk digunakan semasa pemanasan makanan.

Bekas kaca adalah lebih baik kerana ia kurang cenderung mencemari makanan anda walaupun anda telah menggunakannya semula.

#4 Sentiasa mematikan suis elektrik

Tindakan mudah mematikan peranti elektronik anda dan mencabutnya mengurangkan penggunaan bahan api fosil dengan ketara.

Anda juga memanjangkan hayat mesin anda, menghapuskan keperluan untuk membeli yang baru dan menyumbang kepada sisa elektronik.

#5 Lakukan kerja rumah secara pukal

Related imageIa sentiasa menjadi idea yang pintar untuk membasuh pakaian anda secara pukal dan membersihkan pinggan mangkuk anda dalam jumlah besar. Penggunaan air dapat dimaksimumkan selain anda juga dapat menjimatkan sabun dan bahan pencuci.

Sumber: Asia One

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker