Bisnes & EkonomiTempatan

Japan Airlines Bakal Jadi Pesaing AirAsia

Baru-baru ini Japan Airlines Co (JAL) mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan syarikat penerbangan kos rendah bermula bulan hadapan. Pada permulaannya JAL akan menumpukan kepada destinasi di serantau Asia Tenggara atas sebab permintaan yang tinggi.

Syarikat penerbangan baharu tersebut, yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, bakal menawarkan tiket penerbangan yang dikurangkan sebanyak 50% berbanding syarikat induknya.

Menurut pengarah JAL, Masaru Onishi, mereka mempunyai rancangan untuk melancarkan penerbangan jarak jauh dan sederhana dengan destinasi yang merangkumi benua Asia, Eropah dan Amerika. Penerbangan pertama akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2020.

Sumber: AFP

Menurut Daily Mail, JAL bakal melabur sebanyak 10 bilion yen hingga 20 bilion yen (RM364 juta hingga RM729 juta) dalam syarikat tersebut, dan berharap dapat meraih keuntungan dalam masa tiga tahun dari tarikh pelancaran.

Buat masa kini, JAL merancang untuk menambah dua kapal terbang jenis 787 setiap tahun.

AirAsia Group Bhd, yang telah dinamakan syarikat penerbangan kos rendah terbaik di Asia tahun lepas, bakal mendapat saingan baharu di dalam arena ini.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker