Teknologi

IGTV – Hab Video Instagram

Instagram atau lebih popular dikenali sebagai IG, kini mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan hab khusus untuk perkongsian video melalui IGTV.

Ia sebuah aplikasi berasingan dari IG yang biasa tetapi masing menggunakan akaun yang sama.

IGTV dibina untuk pengguna Instagram memuat naik video mereka dengan durasi video melebihi seminit hingga sejam.

Ia juga merupakan hab yang memudahkan pengguna menonton kandungan video dengan kualiti yang lebih baik disamping lebih mudah mencari kandungan.

IGTV menawarkan kandungan video secara menegak – lebih kurang seperti Stories. Sesiapa sahaja boleh menerbitkan kandungan di IGTV, selain untuk pengguna yang ingin menonton sahaja, ia juga akan diperlihatkan dengan kandungan yang dicadangkan bersama-sama kandungan daripada rakan-rakan yang dikuti di Instagram.

Instagram mengatakan IGTV adalah seumpama televisyen – dimana video akan dimainkan secara automatik apabila aplikasi dibuka dengan memainkan video dari kandungan sahabat atau mana-mana ‘followed’ akaun.

Seperti di Instagram, pengguna boleh meninggalkan komen, Like dan kongsikannya.

Menurut ketua pegawai eksekutif, Kevin Systrom, ia mengharapkan IGTV mampu memberi impak seperti Youtube dan seterusnya berjaya mempopularkan seseorang individu melaluinya.

“Orang muda akan menghabiskan lebih masa dengan kandungan video amatur dan mengurangkan masa dari segi profesionalisme.” Petikan blog oleh Instagram.

Jelas mereka lagi, IGTV dibina untuk memastikan pengguna yang membuat video popular mempunyai cara menjana kewangan dengan usaha mereka.

IGTV dilihat memiliki persamaan dengan bahagian ‘Discover’ di dalam Snapchat, dimana semua kandungan video adalah dalam format menegak.

Aplikasi ini kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store and Apple App Store.

Show More

Related Articles

Back to top button