Isu SemasaMalaysiaPolitikTempatan

Acara-Acara Penting Pemilihan UMNO 2018

Pada 30 Jun tidak lama lagi, Pemilihan UMNO 2018 akan diadakan, di mana lebih daripada 150,000 ahli akan mengundi untuk memilih presiden serta calon-calon baru bagi memegang pelbagai jawatan di dalam parti politik berkenaan bagi sesi 2018 – 2021.

Memetik laporan The Star, kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan parti adalah pada tahun 2013.

Tahun tersebut juga menandakan kali pertama parti keramat itu mengadaptasikan sistem “electoral college” (kolej pemilih) bagi meluaskan lagi kumpulan pengundi.

Di bawah sistem berkenaan, para pengundi akan membuang undi di bahagian masing-masing.

Tidak seperti sistem mengundi pilihan raya “First-Past-The-Post” (satu orang, satu undi), calon-calon yang bertanding bagi jawatan dalam parti perlu meraih jumlah undi yang paling banyak daripada pengundi dalam sesebuah bahagian itu, di mana setiap bahagian kemudian hanya akan membawa satu undi bagi calon yang dipilih (satu bahagian, satu undi).

Oleh yang demikian, mari kita lihat acara-acara penting dalam proses Pemilihan UMNO:

1. CAWANGAN UMNO

Cawangan UMNO akan mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan untuk memilih anggota-anggota cawangan bermula dari 19 Mei hingga 10 Jun 2018.

2. PENCALONAN JAWATAN TERTINGGI PARTI

1 sehingga 17 Jun 2018 pula merupakan tempoh penamaan calon bagi ahli-ahli UMNO yang berhasrat untuk bertanding dalam jawatan-jawatan tertinggi parti.

3. WANITA UMNO, PEMUDA DAN PUTERI PERINGKAT BAHAGIAN

Wanita UMNO, Pemuda, dan Puteri di peringkat bahagian akan mengadakan mesyuarat tahunan serta pemilihan untuk melantik ketua-ketua sayap bagi peringkat bahagian dan pusat pada 23 Jun 2018.

Bagi pemilihan ketua sayap, kira-kira 100,000 ahli akan membuang undi mereka.

4. PEMILIHAN JAWATAN TERTINGGI PARTI

Akhirnya pada 30 Jun 2018 nanti, kesemua 191 bahagian UMNO akan mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan untuk melantik ketua-ketua bahagian dan ahli majlis tertinggi.

Kira-kira 150,000 ahli akan mengundi bagi pemilihan ini.

5. KEPUTUSAN PEMILIHAN

Pada Pemilihan UMNO 2013, keputusan telah diumumkan pada hari mengundi juga, namun masih belum ada pengumuman mengenai perkara itu bagi pemilihan kali ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker