FesyenGaya Hidup

Kenali 5 Jenis Kasut Loafer Lelaki

Reka bentuknya yang klasik dan menarik telah membawa loafer kembali dalam dunia fesyen. Kemasan rapi, kepelbagaian warna dan variasi fabrik membuatkan kasut loafer antara koleksi wajib lelaki dalam almari pakaiannya.

Di sini kami terangkan 5 jenis kasut loafer dan bagaimana untuk menggayakannya:

Loafer Tassel

Related imageLoafer tassel adalah kasut klasik. Rekaan tassel yang ditambah di bahagian hadapan kasut menjadikannya lebih menarik daripada loafer biasa. Loafer tassel sesuai digayakan untuk majlis perkahwinan dan acara kasual santai.

Pilihan pakaian perlu ringkas kerana hiasan tassel akan menjadikan kasut sebagai ciri utama fesyen. Padankan loafer hitam dengan sepasang seluar kelabu ‘slim fit’ dan kemeja putih untuk pakaian perkahwinan yang kelihatan ringkas.

Loafer Penny

Image result for penny LoaferIni mungkin gaya yang paling mudah, tetapi sofistikated. Selain sesuai ke majlis formal, loafer Penny juga boleh digayakan ke tempat kerja sekiranya anda ingin memakai loafer untuk bekerja.

Loafer penny sepadan untuk digayakan bersama sut. Gaya klasik loafer penny akan melengkapkan gaya sut anda. Anda boleh memilih sepasang kasut coklat dan memakainya dengan kombinasi sut biru laut atau lengkapkan fesyen serba hitam bersama sepasang loafer penny gelap.

Loafer Kulit

Related imageLoafer kulit sesuai untuk mesyuarat perniagaan penting dan untuk sebarang acara di mana anda perlu kelihatan hebat. Semua orang suka sepasang kasut berkilat, mereka akan memberi anda perhatian yang baik.

Gaya makan malam anda, contohnya, tidak akan lengkap tanpa sepasang loafer kulit. Kemasan berkilat menjadikan kasut ini sesuai untuk melengkapkan sepasang tuksedo. Hitam adalah yang terbaik untuk kasut ini jadi lengkapkan loafer kulit hitam bersama tuksedo serba hitam.

Loafer Suede

Image result for suede loafer menSuede adalah loafer jenis kain. Jika anda ingin memakai kasut ini, anda harus mengambil kira faktor cuaca atau persekitaran tempat yang ingin dituju. Melindungi loafer suede dengan semburan pelindung sebelum memakainya amat perlu untuk mengekalkan kebersihannya.

Walau bagaimanapun, loafer ini akan melengkapkan gaya sut yang lebih ringan seperti linen atau kain ringan yang lain. Jika anda sukakan loafer yang berwarna-warni, suede adalah pilihan yang terbaik.

Loafer Snaffle Trim

Related imageLoafer ini sesuai untuk acara santai. Sebagai kasut parti, Snaffle Trim akan membuatkan anda kelihatan segar. Pastikan anda memakai kasut ini dengan sesuatu yang sama-sama menarik.

Jangan terlalu menonjol dalam memilih pakaian bersama kasut ini. Sepasang Snaffle Trim berwarna gelap sesuai dipadankan dengan sepasang seluar biru tua dengan baju berwarna cerah.

Sumber: The Idleman

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker