Isu SemasaTempatan

3 Wanita Muda Pecah Stereotaip, Ceburi Dunia Penerbangan

Di dalam industri penerbangan jarang untuk kita melihat juruterbang wanita. Kebanyakan wanita lebih cendurung memilih pekerjaan sebagai pramugari atau kaki tangan di lapangan terbang. International Society of Women Pilots menganggarkan pada 2017, daripada 130,000 juruterbang di seluruh dunia, hanya 3,000 atau 3% adalah wanita.

Tetapi keadaan semakin bertambah baik. Di Malaysia, kini wanita diberi lebih banyak peluang untuk menceburi industri penerbangan sebagai juruterbang. Menjelang pertengahan 2017, AirAsia telah memiliki 55 juruterbang wanita.

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines juga telah mengikut jejak langkah AirAsia dan baru-baru ini menganjurkan program juruterbang wanita yang kini dibuka untuk pendaftaran. Tiga wanita pertama yang menyertai program ini telah memecah stereotaip jantina bagi meralisasikan impian mereka.

Vivian Foo Hooi Wen, 22

Gambar oleh Star2

Foo merupakan seorang graduan daripada Malaysian Flying Academy, Melaka pada Januari 2017. Foo menceritakan kepada Star2 bahawa bapanya menjadi motivasi utama untuk merialisasikan impian menjadi juruterbang kerana dia juga mempunyai cita-cita yang sama. Tetapi malangnya keluarga bapa Foo tidak mampu untuk menangung kos pembelajaran.

Foo yang berasal daripada Kuala Lumpur menyertai Malaysia Airlines sebagai kadet pada Oktober 2017.

Keluarganya memberi sokongan sepenuhnya tetapi terdapat sebilangan saudara maranya yang bimbang tentang keselamatan dan kos pembelajaran.

Antara perkara yang paling digemari tentang pekerjaan ini, Foo berkata pemandangan ketika berada di langit. Foo juga menggemari dan mengalu-alukan cabaran yang dihadapi sebagai juruterbang.

Nasihatnya kepada wanita muda yang ingin menceburi industri penerbangan adalah untuk jangan berputus asa dan teruskan mengejar impian. Disamping itu, Foo juga menasihatkan supaya tidak berasa terancam kerana walaupun industri penerbangan masih didominasi lelaki namun wanita juga mampu melakukan sebaik mereka.

Wang Wen Chien, 25

Gambar oleh Star2

Bagi Wang, cita-citanya untuk mejadi juruterbang bermula sejak zaman remaja. Ketika itu, bapanya membawanya untuk menyertai kursus penerbangan “Fly for Fun” di Subang.

Sejak itu, Wang telah menetapkan azam untuk menjadi seorang juruterbang. Wang mendapat kelulusan daripada Malaysian Flying Academy pada 2016 dan kemudian mejadi kadet untuk Malaysia Airlines pada 2017. Wang merupakan satu-satunya juruterbang daripada ketiga-tiga wanita ini yang telah menerbangkan sebuah kapal terbang ketika latihan.

Menurut Wang, antara perkara yang menyeronokkan ketika penerbangan adalah mempelajari tentang lapangan terbang lain ketika mendarat dan bekerjasama dengan krew di sana.

Wang menasihatkan wanita muda yang ingin menjadi juruterbang supaya tidak takut untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang setiap penerbangan kerana setiap satu adalah berlainan.

Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin, 21

Gambar oleh Star2

Menjadi juruterbang adalah haluan semulajadi untuk Hidayah kerana bapanya juga merupakan seorang juruterbang. Pada dua tahun lepas, Hidayah juga berjaya menjadi graduan Malaysian Flying Academy dan telah menyertai Malaysia Airlines sebagai kadet pada Disember 2017.

Hidayah berkata di Malaysia Airlines semua pekerja mesra dan banyak memberi pertolongan. Walaupun industri tersebut didominasi lelaki, setiap kadet dilayan sama rata.

Ujarnya lagi, walaupun bapanya seorang juruterbang, pada mulanya bapanya bimbang tentang keputusannya untuk milih kerjaya yang sama kerana pekerjaan tersebut bukan senang.

Nasihatkanya kepada wanita yang ingin menceburi bidang yang sama adalah untuk bekerja keras dan jangan berhenti mengejar impian. Juruterbang wanita jarang dijumpai jadi menjadi seorang juruterbang adalah unik dan pasti memuaskan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker