Sukan

Wilshere Sah Tinggalkan Arsenal Demi Peluang Bermain

Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere telah mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan kelab yang disertainya waktu kecil itu setelah kontraknya tamat di penghujung bulan Jun ini.

Di dalam satu kenyataan yang diterbitkan di akaun Instagram peribadinya, Wilshere berkata beliau tidak mempunyai “banyak pilihan” melainkan untuk meninggalkan kelab itu selepas perjumpaannya bersama pengurus kelab yang baru, Unai Emery.

“Saya pasti semua pihak dapat memahami di peringkat usia dan karrier saya pada waktu ini, saya perlu bermain dengan kesebelasan utama dan berdasarkan perjumpaan saya dengan Encik Emery, jelas bahawa sukar untuk saya berbuat demikian di Arsenal,” tulis Wilshere.

View this post on Instagram

Thanks for the memories 💙

A post shared by Jack Wilshere (@jackwilshere) on

Selain daripada perpindahan secara pinjaman ke Bolton Wanderers dan Bournemouth pada musim 2010-2011 dan 2016-2017, Wilshere telah bermain kesemua perlawanannya bersama the Gunners. Beliau telah bermain sebanyak 197 perlawanan bersama Arsenal, menjaringkan 14 gol dan membantu kelab itu memenangi Piala FA pada tahun 2014 dan 2015.

Pemain berusia 26 tahun itu dilihat sukar untuk mendapat tempat di dalam kesebelasan utama akibat kecederaan. Waktunya di Bournemouth juga terbantut dengan baki lima perlawanan selepas mengalami kecederaan sewaktu menentang Tottenham Hotspurs – kecederaan kedua yang dislsmi kaki kirinys itu dalam masa dua tahun.

Beliau juga tidak dapat bermain selama tiga bulan pada musim 2014-2015 selepas menjalani prmbedahan bagi memperbaiki kecederaan di buku lali kaki kirinya.

Wilshere menyertai Arsenal pada tahun 2001 pada usia 9 tahun dan merupakan produk akedemi belia mereka yang terbaik. Perlawanan Liga Perdananya yang pertama adalah pada 13 September 2008 ketika beliau berusia 16 tahun, dimana beliau menggantikan Robin van Persie di lewat permainan apabila mereka menang ke atas Blackburn Rovers dengan 4-0.

Beliau turut memuatkan sebuah video mengenai kenangannya ketika bersama Arsenal.

View this post on Instagram

💙💙

A post shared by Jack Wilshere (@jackwilshere) on

Crystal Palace dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain tengah veteran Arsenal ini.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button