Gaya HidupKesihatan

Ketagihan Permainan Video Diiktiraf Sebagai Masalah Mental

Ketagihan kepada permainan video secara rasmi telah dikelaskan sebagai gangguan mental oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO telah memutuskan untuk memasukkan ketagihan permainan video dalam Semakan Ke-11 Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11), di samping ketagihan perjudian.

Klasifikasi ini bertujuan untuk mengingatkan para profesional dan pengamal perubatan terhadap kewujudan penyakit ini dan memastikan bahawa orang yang menderita ketagihan ini boleh mendapatkan bantuan yang tepat.

Tidak semua saintis bersetuju bahawa ketagihan permainan video harus disenaraikan sebagai masalah kesihatan mental, dan beberapa ahli menyatakan kebimbangan bahawa ‘gamer’ akan dipandang serong tanpa sebab sebenar.

Walau bagaimanapun, Vladimir Poznyak, seorang pakar mengenai kesihatan mental dan penyalahgunaan bahan di WHO, menekankan bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara permainan untuk berhibur dan permainan sebagai tingkah laku yang kompulsif.

Ketagihan permainan video yang dikelaskan sebagai masalah mental mempunyai tiga ciri utama. Pertama, penghidap penyakit ini akan mengutamakan permainan video sehingga aktiviti-aktiviti lain dipinggirkan.

Kedua, ia dikira masalah mental sekiranya keadaan ini membawa kepada kesusahan dan gangguan yang signifikan dalam fungsi peribadi, keluarga, sosial, pendidikan atau pekerjaan.

Ketiga, gangguan permainan video boleh membawa kepada corak tidur yang terganggu, masalah diet dan kekurangan aktiviti fizikal.

ICD digunakan oleh para profesional kesihatan di seluruh dunia untuk mendiagnosis dan mengkategorikan keadaan kesihatan. Ia juga digunakan oleh penyedia insurans sebagai asas untuk menampung kos rawatan.

ICD mengandungi beribu-ribu penyakit dan keadaan kesihatan. Semakan ke-10 telah diendorskan pada tahun 1990 dan telah sentiasa dikemas kini sejak itu. Perhimpunan Kesihatan Dunia akan secara rasmi mengesahkan revisi ke-11 ICD pada musim panas akan datang.

Di seluruh dunia, terdapat kes kematian yang teruk akibat ketagihan permainan video. Tahun lepas, seorang lelaki dari Virginia Beach berusia 35 tahun mati selepas sesi maraton 24 jam permainan video World of Tanks, yang disiarkan di perkhidmatan streaming video game Twitch.

Pada tahun 2002, seorang lelaki Korea Selatan dipercayai menjadi orang pertama yang mati akibat bermain permainan dalam talian selama 86 jam. Tiga tahun kemudian, seorang lelaki Korea Selatan meninggal dunia di kafe internet.

China juga telah mengalami kematian akibat ketagihan permainan video dengan kematian berasingan pada tahun 2007 dan 2011. Pada tahun 2015, seorang lelaki meninggal dunia di sebuah kafe internet Shanghai selepas bermain World of Warcraft selama 19 jam berturut-turut.

Kematian lain yang berkaitan dengan maraton permainan video dalam enam tahun yang lalu juga telah berlaku di Taiwan, Rusia dan U.K. – The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close