Teknologi

Telefon Raya Hebat Bawah RM1,600

Mungkin raya kali ini anda rasa dah tiba masanya untuk tukar telefon pintar baru. Tetapi telefon apakah yang sesuai dibawah bajet RM1,600?

Di pasaran sekarang, telefon pintar kian dibanjiri dengan pelbagai jenis dan spesifikasi. Dari serendah-rendah harga ke sehebat-hebat spesifikasi.

Di sini terdapat 5 pilihan telefon yang kami rasa amat sesuai ditambah dengan ciri-ciri yang tersendiri dan menarik.

SAMSUNGGALAXY A6+

Jenama yang tidak perlu dikenalkan lagi, model A6+ boleh dikatakan model midrange smart phone tetapi dengan ciri-ciri yang hebat. Telefon ini dibina khusus untuk mereka yang suka mengambil gambar raya dengan dual kamera 16+5MP di belakang dan 24MP kamera di hadapan. A6+ dilengkapi 4GB RAM bersama storan dalaman sebanyak 32GB, namun ia boleh ditambah lagi sehingga 256GB menggunakan kad memori.

  • KAMERA: Dual kamera 16 + 5 megapixel (belakang) / 24 megapixel (hadapan)
  • SIM: Dual simkad
  • PAPARAN: 6 inci
  • STORAN DAN RAM: 32GB / 4GB RAM
  • BATERI: 3500 mAh
  • HARGA: RM1,299 (berbeza mengikut kedai)

VIVO V9

Telefon rasmi bagi Piala Dunia Rusia 2018, Vivo V9 juga menawarkan fungsi kamera selfie yang hebat berserta dual kamera dibelakang. V9 dibina juga dengan pengimbas jari dibahagian belakang dan rekaan skrin penuh pada telefon ini seperti iPhone X.

  • KAMERA: Dual kamera 16 + 5 megapixel (belakang) / 24 megapixel (hadapan)
  • SIM: Dual simkad
  • PAPARAN: 6.3 inci
  • STORAN DAN RAM: 64GB / 4GB RAM
  • BATERI: 3260 mAh
  • HARGA: RM1,399 (berbeza mengikut kedai)

OPPO F5

F5 masih mampu memberi saingan kepada semua telefon dengan dual kamera dengan kamera tunggal 16MP belakang dan 20MP dihadapan. Telefon ini dilengkapi juga A.I Beauty Recognition bagi membantu mencantikkan gambar.

  • KAMERA: Kamera 16 megapixel (belakang) / 20 megapixel (hadapan)
  • SIM: Dual simkad
  • PAPARAN: 6.0 inci
  • STORAN DAN RAM: 32GB / 4GB RAM
  • BATERI: 3200 mAh
  • HARGA: RM1,299 (berbeza mengikut kedai)

 

HONOR 10

Telefon yang baru sahaja dijual pada Mei lalu, Honor 10 juga merupakan telefon pintar dengan kekuatan kamera. Ia dilengkapi Beauty in AI bagi mencantikkan dan menyempurnakan sesuatu imej. Menarik lagi tentang telefon ini, warna Phantom Blue dan Phantom Green sangat menarik dan pasti menjadi tumpuan orang ramai.

  • KAMERA: Dual kamera 16 + 24 megapixel (belakang) / 24 megapixel (hadapan)
  • SIM: Dual simkad
  • PAPARAN: 5.84 inci
  • STORAN DAN RAM: 128GB / 4GB RAM
  • BATERI: 3400 mAh
  • HARGA: RM1,599 (berbeza mengikut kedai)

ASUS ZENFONE MAX PRO (M1)

Biarpun harganya tidak mahal, namun telefon ini memberikan fungsi yang sama hebat. Dibina khusus untuk pengguna permainan telefon pintar dengan 3GB RAM berserta 32GB storan. Paling hebat telefon ini mampu bertahan sehingga 2 hari dengan penggunaan minimal menggunakan bateri 5000 mAh.

  • KAMERA: Dual kamera 13 + 5 megapixel (belakang) / 8 megapixel (hadapan)
  • SIM: Dual simkad
  • PAPARAN: 6 inci
  • STORAN DAN RAM: 32GB / 3GB RAM
  • BATERI: 5000 mAh
  • HARGA: RM699 (berbeza mengikut kedai)

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker