Sukan

Rivaldo: Menangis Ketika Lagu Kebangsaan ‘Tanda Kelemahan’

Walaupun pada Rivaldo, membuat simulasi kecederaan di arena Piala Dunia boleh diterima, namun legenda Brazil itu tidak gemar melihat rakan seperjuangannya menunjukkan sebarang emosi sewaktu lagu kebangsaan dimainkan.

Juara Piala Dunia itu mendesak pemain-pemain Brazil untuk kuatkan semangat dan elakkan daripada menunjukan sebarang “kelemahan” apabila mereka memulakan perlawanan mereka di Rusia.

Selepas kekalahan memalukan 7-1 mereka kepada Jerman pada 2014, pemain-pemain seperti Neymar dan Julio Cesar menjadi tumpuan kritikan kerana terlalu menunjukan emosi ketika lagu kebangsaan mereka dimainkan apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia yang lalu.

Rivaldo memberitahu para pemain supaya mengalihkan perhatian mereka daripada tekanan yang diberikan oleh peminat-peminat negara mereka.

“Anda perlu ada personaliti untuk memenangi Piala Dunia ini,” ujar Rivaldo.

“Ia tidak sama seperti bermain untuk kelab-kelab. Segalanya lebih sukar. Mereka semua adalah pemain-pemain yang hebat, tetapi mereka tidak boleh berasa takut atau bimbang mengenai tekanan daripada peminat. Mereka perlu melupakan bahawa terdapat 200 juta orang sedang menonton di Brazil.

“Mereka perlu bertenang dan bermain dengan gembira, jangan lagi menangis sewaktu lagu kebangsaan dimainkan. Rasai emosi ketika itu, biar ia menjadi pembakar semangat, bukannya menangis.

“Saya tidak bersetuju begitu. Ia adalah tanda kelemahan dan ia tidak membantu. Anda perlu merasai kehendak di dalam hati anda dan bermain dengan garang.

“Kerana adalah sangat menakjubkan jika dapat memenangi Piala Dunia. Anda tidak tahu mengenai kegembiraan yang dirasai, ataupun kegembiraan yang anda berikan kepada semua rakyat Brazil dan keluarga anda. 

“Saya adalah orang yang akan turun ke padang sambil memikirkan tentang ibu saya, dan bagaimana saya boleh membuatkan dia merasa bangga.

“Saya memberikan sepenuhnya di atas padang, dan saya berharap bahawa pemain-pemain (Brazil) dapat melakukan yang sama pada tahun ini.”

Rivaldo memenangi Piala Dunia bersama Brazil pada tahun 2002, namun mendapat banyak kritikan kerana memalsukan kecederaan sehingga menyebabkan pemain kedua Turki yang dibuang padang di perlawanan separuh akhir.

Rivaldo didenda oleh FIFA selepas pemain Turki, Hakan Unsal menendang bola  ke arah betis Rivaldo ketika dia sedang bersedia untuk mengambil sepakan penjuru, pemain Brazil itu kemudian rebah ke tanah sambil memegang mukanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker