Antarabangsa

Islam Di Sudan: Budaya Yang Pelbagai

Sudan merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika Utara. Nama rasmi negara itu ialah Republik Sudan, dengan Khartoum sebagai ibu negara.

Peta yang memaparkan lokasi Sudan di Afrika

GEOGRAFI DAN POLITIK

Sudan dilingkari oleh negara-negara yang berpengaruh di Afrika, termasuklah Mesir dan Libya. Ini membentuk struktur geografi dan politik (geopolitik) yang dinamik, dan secara tidak langsung telah menarik perhatian pihak-pihak tertentu yang dilihat anti-Islam untuk melemahkan pengaruh Sudan.

Populasi Sudan berjumlah anggaran 45 juta, mendiami kawasan seluas hampir 2 juta kilometer persegi. Kebanyakan besar dari warga Sudan menganut ajaran Islam, manakala agama minoriti di sana seperti Kristian dan paganisma (agama orang asli) bebas diamalkan.

Sudan pernah mencatat rekod sebagai negara paling besar di Afrika.

Namun segalanya berubah apabila pada 2011, bahagian selatan negara tersebut mengisytiharkan diri untuk berpisah dari Sudan, dan menggunakan nama baru iaitu Sudan Selatan (South Sudan). Perpecahan ini turut membatalkan rekod Sudan sebagai negara terbesar di Afrika.

VARIASI PENDUDUK

Perpecahan Sudan dengan Sudan Selatan turut memecahbelah kesatuan warga Sudan secara keseluruhan.

Jika sebelum pemisahan pada tahun 2011, etnik Sudan-Arab dengan Sudan-Afrika hidup makmur, kini selepas perpisahan, didapati wujudnya jurang di antara dua etnik tersebut.

Dua etnik utama Sudan, iaitu Sudan-Arab dan Sudan-Afrika, masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza. Sudan-Arab sudah tentulah menitikberatkan penggunaan bahasa Arab, manakala Sudan-Afrika pula lebih cenderung bertutur dalam dialek ibunda.

Wajah ceria warga Sudan

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Terdapat lebih dari 100 suku berbeza di Sudan, dan ini sudah tentu mewujudkan ruang komuniti yang padat dengan kepelbagaian ragam etnik-etnik yang berbeza. Antara etnik tersebut termasuklah: –

  1. Nubian
  2. Ta Bedawie
  3. Dinka
  4. Fur

Mereka bertutur dalam bahasa berbeza dengan dialek tertentu mirip etnik masing-masing. Mereka juga mengamalkan adat resam yang berbeza, dan semua ini membentuk corak kehidupan yang menarik dan penuh kepelbagaian.

KEBUDAYAAN DARI SUDUT MAKANAN

Warga Muslim Sudan biasanya memulakan hari mereka dengan secawan teh. Sarapan mereka biasanya terdiri dari salad, kekacang, protin ringkas seperti organ serta karbohidrat dari roti.

Makanan ruji warga Sudan ialah millet, iaitu sejenis tumbuhan mirip gandum. Mereka menggunakan millet sebagai hidangan utama yang dinamakan Asiadaor.

Ianya sejenis roti ringkas yang enak dan berkhasiat.

Tentang produk daging pula, warga Sudan amat menggemari daging unta, namun memandangkan harga produk daging agak mahal, mereka jarang-jarang menghidangkan ia dalam menu harian.

Hidangan daging yang popular di Sudan bernama Shaiyah

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button