Hiburan

5 Selebriti Malaysia Dengan Pendapatan Tertinggi

Berikut adalah lima selebriti Malaysia dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2018:

1. Tan Sri Michelle Yeo – US $ 245 juta (RM997 juta)

Image result for michelle yeohMichelle Yeoh adalah pelakon terbesar kelahiran Malaysia sejak P.Ramlee. Beliau telah mencipta nama di Hong Kong dan filem-filem Hollywood seperti James Bond, Crouching Tiger Hidden Dragon dan yang terbaru, siri Star Trek.

Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan gelaran yang berprestij, dengan yang terbaru dari Presiden Perancis Fancois Hollande, dengan penghargaan tertinggi di Perancis untuk bukan warganegara, Komandan Legion.

2. Ling Tan – US $ 60 juta (RM244 juta)

Image result for ling tan modelWanita cantik ini adalah supermodel yang berpangkalan di New York. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur tetapi kerjaya telah membawanya ke seluruh dunia.

Kerjayanya bermula menerusi pertandingan tempatan yang dikenali sebagai Asian Model Search Contest. Sejak itu, beliau telah mengambil bahagian dalam beratus-ratus pertunjukan fesyen oleh pereka dan jurufoto fesyen terkenal.

3. Dato’ Seri Siti Nurhaliza – US $ 17 juta (RM69 juta)

Image result for siti nurhalizaPenyanyi nombor satu negara ini adalah pujaan rakyat Malaysia. Menurut Wikipedia, wanita berbakat ini telah meraih lebih daripada 200 anugerah tempatan dan antarabangsa menerusi kariernya.

Beliau menjalankan syrikat penerbitan sendiri dengan nama Siti Nurhaliza Productions dan What’s Up Entertainment. Selain kerjaya muziknya yang berjaya, ratu muzik ini juga melancarkan jenama produk kosmetik dan kecantikannya sendiri yang dipanggil SimplySiti pada tahun 2010 dan terkini menjalankan perniagaan pakaian Creacion by Siti Nurhaliza.

4. Maya Karin – US$ 14 million (RM57 juta)

Image result for maya karinWanita yang hebat ini adalah penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen. Menurut IMDB, beliau telah membuat sejumlah 20 penampilan dalam pelbagai filem.

Kerjaya muziknya bermula pada tahun 2002 dengan album muzik ikon bernama “Erti Cinta” sebelum berehat panjang dan kembali menghasilkan muzik pada tahun 2013. Beliau juga merupakan pengacara untuk rancangan pengantin, Ratu Sehari dan siri jelajah, Rahsia Kecantikan Dari Timur.

5. Bront Palarae – US$ 8 million (RM33 juta)

Image result for bront palaraeKumbang antara bebunga, Bront Palarae adalah pelakon, penulis skrin dan penerbit. Beliau mempunyai latar belakang yang menarik kerana dilahirkan dari keturunan Pakistan, Melayu dan Thailand.

Dengan 38 kredit yang berbeza untuk penglibatan dalam siri TV dan filem, beliau telah memberi impak besar kepada industri sejak membuat penampilan pertama di televisyen pada tahun 2003 menerusi filem Lang Buana. Superstar ini juga berjaya melebarkan sayap ke negara Indonesia dan telah muncul dalam beberapa filem besar negara jiran seperti Ayat-Ayat Cinta 2 dan Pengabdi Setan.

Sumber: Ringgit Plus

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker