Antarabangsa

Islam di Botswana: Kecil-Kecil Cili Padi

Botswana di Afrika Selatan, merupakan antara negara yang maju di benua itu.

Terkenal dengan produk eksport yang unik seperti berlian dan daging lembu, Botswana juga menempatkan sekumpulan kecil komuniti Islam yang hidup cemerlang di negara itu.

Kedudukan negara Botswana di Afrika Selatan

ISLAM DI BOTSWANA

Sejarah Islam ke Botswana, menurut Dr. Fazlur Rehman Moorad dalam “History of Islam in Botswana”, dapat dijejaki melalui dua kumpulan berikut: –

  1. Cape Malays: Mereka yang merupakan komuniti Islam dari Cape di Afrika, dibawa ke Botswana oleh penjajah Belanda pada circa 1650-an
  2. Muslim India: Komuniti ini, yang berasal dari Gujerat dan Madras, dibawa ke Botswana oleh British pada circa 1850-an
Cape Malays di Afrika, mempunyai leluhur dengan kaum Melayu di Asia Tenggara, sebuah bangsa terulung dalam industri maritim sejak dahulu kala

ISLAM PADA MASA KINI

Kini, Islam merupakan agama minoriti di Botswana. berbanding jumlah keseluruhan populasi di sana iaitu 2.25 juta, komuniti Islam cuma berjumlah sekiar 5,000 orang sahaja (kurang 1%).

Namun sekalipun bersifat minoriti, Islam diterima dengan baik di negara ini, dan ianya dapat dibuktikan melalui beberapa penerimaan warga Kristian yang majoriti di negara itu.

PENERIMAAN TERHADAP ISLAM DI BOTSWANA

Menurut Persatuan Muslim Botswana (BMA), terdapat sekurang-kurangnya tiga buah masjid di negara itu, yang dipimpin oleh sekitar 50 orang Imam dan Mufti.

Ini bermakna, secara nisbah, seorang Mufti atau Imam di Botswana diberikan ruang untuk menyantuni 100 orang Muslim. Nisbah ini membuktikan bahawa sekalipun bersifat minoriti, namun ianya tidak menghalang Islam untuk dipelihara dengan efektif.

Juga, gerakan Islamisasi di Botswana dilihat tidak mendapat tentangan besar, dan buktinya, Pusat Islam di Botswana berjaya dibina tanpa ada halangan birokrasi mahupun tentangan daripada kaum Kristian di negara itu.

Pusat Islam Botswana yang cantik dan moden

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

Islam di Botswana, secara dasarnya, wajar dijadikan contoh bahawa sekiranya muslim bersatu, maka keteguhan itu akan mendorong mereka ke arah kejayaan.

Di Botswana, jumlah mereka yang kecil tidak menghalang komuniti ini untuk membina pengaruh.

Ini dapat dilihat melalui kejayaan mereka mendapatkan kelulusan birokrasi bagi menguruskan sistem premis halal di negara itu, yang berjumlah lebih 50 premis.

Bayangkan, komuniti sekecil 5,000 populasi berjaya membina lebih 50 premis halal, dari kedai pizza sehingga ke pusat sembelihan.

Gerakan dakwah jalanan (street da’wah) yang rancak dikendalikan di seluruh Afrika Barat termasuk di Botswana

Muslim di Botswana merupakan komuniti kecil yang berani mengkritik kezaliman Zionis terhadap Palestin
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button