Gaya HidupKerjaya

Untuk Yang Masih Keliru Tentang Kerjaya Impian Anda

Bagi para belia yang sedang mencari kerja impian mereka tetapi masih keliru dengan diri sendiri, buku ini dikatakan dapat membantu anda mengetahui cara untuk mengejar kerjaya impian anda.

“No Fears, No Excuses – What You Need to Do to Have a Great Career” oleh Larry Smith adalah buku yang dicadangkan. 

Smith percaya bahawa kerjaya yang “baik” tidak wujud di dunia ini dan jika kita menggunakan kaedah lapuk untuk mencapainya, kemungkinan anda akan tersungkur sebelum mencapainya adalah lebih tinggi.

Di dalam bukunya beliau tidak menyatakan kerjaya mana adalah yang terbaik tetapi pemikiran kita adalah lebih penting daripada itu. Menurut beliau sekiranya itu berlaku, kita bakal terjerumus di dalam kerjaya yang tidak sesuai dengan diri kita.

Jadi apakah kerjaya yang terbaik untuk anda dan apa yang perlu dilakukan untuk mendapat kerjaya yang bagus?

  1. Rebut Peluang Yang Ada

Pada masa sekarang kita tidak boleh berfikiran konvensional. Dunia bergerak dengan sangat pantas dengan teknologi yang berkembang sangat pantas. Oleh itu kita perlu memandang jauh ke hadapan dan mengambil peluang sambil melihat halangan yang mungkin bakal dihadapi.

Larry Smith berkata semasa beliau kecil, panggilan telefon ke luar negara adalah sangat mahal tetapi pada masa yang sama teknologi seperti televisyen, komputer, laptop, pemindahan organ, pemeriksaan DNA, animasi komputer sudah wujud. Tetapi apakah maksud dari ini?

Jika Smith kecil diberitahu tentang teknologi yang sedang gunakan sekarang seperti WhatsApp sudah tentu dia akan terkejut – menelefon orang dengan hanya menekan butang malah ianya PERCUMA? Siapa yang mampu terfikir tentang itu?

Jika anda boleh, anda berada di dalam landasan untuk berjaya. Jika tidak teruskan membaca..

2.  Menonjolkan Diri

Sememangnya semua orang tahu mereka harus menonjolkan diri supaya berada di tahap yang lain berbanding pesaing yang mahukan kerja yang sama. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana caranya.

Anda perlu bertanya kepada diri sendiri, apakah yang anda sudah capai atau halangan yang pernah dilalui yang orang lain belum pernah dan bagaimana anda mengatasi sesuatu halangan tersebut.

Fikirlah apa yang bakal releven pada 10 tahun yang mendatang dan apa yang perlu dipelajari sekarang untuk mengisi kekosongan di masa hadapan.

3. Atasi Masalah Besar Anda

Smith berkata jika anda seorang pemalu, jika anda rasa bercakap dengan orang tidak dikenali adalah sesuatu yang sangat menggerunkan, itulah perkara pertama yang anda harus atasi. Cuba pelajari bagaimana orang telah berjaya mengatasi masalah mereka tersendiri.

Jika anda tidak dapat mengatasi masalah ini, ia akan menjadi bebanan diri anda dan jika anda berjaya melakukannya anda pasti akan memperoleh sesuatu perasaan yang luar biasa. Percayalah, pengalaman dan pembelajaran untuk mengatasi masalah ini tidak akan ternilai harganya.

Terdapat ramai pemimpin yang juga mempunyai masalah mereka tersendiri. Pelajarilah daripada mereka tetapi ingat, tidak semua orang akan melalui pengalaman yang sama.

4. Sentiasa Bersedia Untuk Sebarang Keadaan

“Ramai orang berkata mereka tidak mempunyai perancangan kerjaya kerana kerjaya mereka sentiasa berada di atas landasan menuju kejayaan. Dengan tidak pernah menghadapi sebarang masalah, ramai yang menganggap sesuatu buruk tidak akan terjadi kepada diri sendiri,” tulis Smith. 

Sememangnya ada yang bernasib baik dan sentiasa dapat apa yang mereka inginkan kerana mereka telah bekerja keras untuknya. Walau bagaimanapun, apabila ditimpa ujian, orang ini adalah yang pertama tenggelam kerana tidak pernah bersedia untuk musibah.

Dalam setiap perkara yang kita lakukan sentiasa bersedia mental dan fizikal untuk perkara-perkara yang tidak terduga. Jika anda boleh mengatasi perkara ini, anda bakal hebat di mana sahaja anda berada.

5. Gemarkan Cabaran

Larry Smith tidak suka dengan fikiran konvensional dan kolot. Menurutnya ia boleh menjadi sangat kuat sehingga melemahkan potensi yang ada pada diri manusia. Beliau telah melihat ramai yang telah membazirkan potensi yang ada dalam di mereka.

Fikiran konvensional apa yang dimaksudkan Larry? Fikiran yang sentiasa perlu mengikut telunjuk membuta tuli, jika sesuatu yang belum musnah, kita tidak perlu memperbetulkannya padahal sudah dilihat hampir retak. Itulah antara beberapa fikiran konvensional yang dianggap boleh menyebabkan sesorang itu tidak boleh maju lebih dari potensi yang ada pada diri mereka.

Kita perlu berinovasi, berfikir untuk masa hadapan, mencari penyelesaian yang kreatif di samping menjangka dan mengatasi masalah sebelum ia datang.

6. Pekerjaan Anda Bukan Sekadar Kerja Biasa

“Kita tidak mengharapkan dapat pekerjaan yang kita betul-betul suka oleh itu kita tidak serius dalam mencarinya.  Sebaliknya ramai yang bekerja hanya semata-mata untuk dapat gaji yang stabil dan suasana pekerjaan yang kondusif. Itulah paras yang telah ditetapkan.

Oleh sebab ia adalah sesuatu yang baik untuk ramai orang, sudah tentu ia akan menjadi perkara yang baik untuk anda juga. Inilah pemikiran konvensional. Tetapi ia adalah sesuatu yang merapu.. ia sememangnya bukan pemikiran untuk masa hadapan.

Anda tidak boleh menerima paras yang rendah ini hanya kerana pekerjaan di luar sana tidak menerima anda seadanya,” ujar Smith dalam bukunya.

Dalam pekerjaan, majikan akan sentiasa mahukan sesuatu luar biasa dari pekerjanya tetapi anda juga harus suka dengan apa yang anda lakukan setiap hari.

Kunci pertama untuk berjaya dalam kerjaya ialah untuk membina kerjaya berdasarkan apa yang anda suka. Oleh itu jika majikan mahukan sesuatu yang luar biasa, anda pasti akan dapat memberinya dengan rela hati.

Kata-kata Akhir Larry Smith Yang Akan Menentukan Kerjaya Anda

“Andalah yang menentukan takdir anda sendiri, anda yang mencari kerjaya anda sendiri, anda perlu melihat arena yang mana anda ingin bertarung, anda yang bakal berjalan ke arah kejayaan tersebut, anda juga yang menyelongkar bakat yang ada pada diri sendiri, anda perlu melihat pengakhiran yang bakal disemat dan diingati apabila orang melihat batu nisan anda. Itulah kerjaya yang terbaik,” tulis Larry Smith.

Jika anda tidak berminat membaca, boleh dengar TEDxTalks oleh Larry Smith

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker