Antarabangsa

Jom Kenali Islam Di Angola, Afrika Selatan

Islam di Angola merupakan komuniti yang kecil. Dianggarkan jumlah mereka hanyalah sekitar 90,000 orang, dan majoriti berfahaman sunni.

Angola merupakan negara bersistemkan republik, yang terletak di Afrika Selatan. Ia merupakan sebuah negara yang cukup luas, bahkan saiznya seluas 1,246,700 kilometer persegi itu menjadikan Angola sebagai negara ke-7 paling luas di seluruh Afrika.

Populasinya berjumlah¬†25,789,024, dan terdiri dari beberapa etnik berbeza termasuklah: –

  1. Bantu
  2. Ovimbundu
  3. Kimbundu
  4. Bakongo
  5. Mestico (campuran Eropah dengan warga asli Afrika)

Islam Di Angola

Islam di Angola merupakan komuniti yang kecil. Dianggarkan jumlah mereka hanyalah sekitar 90,000 orang, dan majoriti berfahaman sunni. Mereka ini merupakan imigran dari Afrika Barat dan Asia Barat, dan sebahagian lain pula merupakan golongan peribumi yang memeluk Islam.

Bercakap tentang menerimaan terhadap Islam, secara dasarnya Islam diterima tanpa diskriminasi di Angola.

Pada 2010, Perlembagaan Angola memberikan jaminan bahawa sebarang agama boleh diamalkan dengan bebas tanpa sekatan, termasuklah agama Islam.

Komuniti Muslim di Angola

Sentimen Anti Islam Pihak Kerajaan

Walaupun secara dasarnya Islam dilihat tidak ditindas, namun ada desas-desus bahawa pada 2016, kerajaan Angola mengisytiharkan Islam sebagai agama terlarang, dan mereka dituduh mengarahkan agar masjid-masjid seluruh Angola ditutup.

Namun, kenyataan dan propaganda ini disangkal oleh warga Angola sendiri, dan berpendapat bahawa tindakan propaganda ke atas kerajaan adalah bermotifkan untuk melemahkan sokongan kaum Islam kepada kerajaan ketika itu.

Di dalam temuramah bersama World Buletin, pendakwah bernama Sheikh Osman Zaid, menyangkal dakwaan sebilangan besar media bahawa kerajaan Angola melaksanakan kempen anti-Islam di negara itu.

Sheikh Osman Zaid

Kehidupan Sebagai Muslim

Kehidupan sebagai Muslim di Angola penuh dinamik.

Ini dapat dilihat melalui insiden propaganda yang bermatlamat untuk merenggangkan hubungan antara kerajaan dengan komuniti Islam.

Namun dalam pada itu, pusat-pusat Islam berkembang dengan kadar yang baik, dan tidak sukar untuk menjalankan kehidupan sebagai Muslim di negara itu.

Misalnya, untuk mendapatkan makanan halal, banyak kedai-kedai makanan halal dibuka di ibu negara iaitu Luanda, termasuklah kedai dari Asia Barat.

Di Luanda juga, terdapat kedai yang menyediakan produk daging yang halal, seperti lembu dan ayam.

Hidangan identik Angola yang terdiri dari ikan bakar, sayuran serta nasi putih
Show More

Related Articles

Back to top button