HiburanTeknologi

Diskaun Hebat Permainan PS4 Melalui Days of Play

PlayStation Store kali ini menawarkan diskaun sehingga 80% untuk permainan pilihan menerusi promosi Day of Play.

Promosi yang bakal berakhir 18 Jun ini menawarkan pelbagai tajuk permainan popular terbaru dengan diskaun yang sangat rendah.

Antara yang menarik perhatian adalah 2 permainan yang baru sahaja berada di pasaran seperti God of Wars dan Yakuza 6: The Song of Life, di mana diskaun sehingga 35% diberikan.

Potongan diskaun tambahan juga diberikan untuk tajuk permainan tertentu kepada pemilik akaun PlayStation Plus (PS Plus).

Permainan lain yang turut menawarkan diskaun hebat juga termasuklah Fry Cry 5, Monster Hunter, Persona 5, Shadow of Colossus, Horizon Zero Down, serta FIFA 18 dengan diskaun hebat sehingga 71%.

Lebih 400 permainan dan kandungan muat turun (download content) yang ditawarkan untuk promosi kali ini. Untuk senarai penuh, anda boleh klik di sini.

Jadi, bagi minggu Aidilfitri ini dan kepada yang ada dapat duit raya yang banyak, inilah masanya untuk anda mendapat permainan yang anda inginkan sebelum ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker