Antarabangsa

Mari Berkenalan Dengan Warga Muslim Di Cameroon

Cameroon, atau juga dikenali dengan nama rasmi Republik Cameroon, adalah sebuah negara yang terletak di tengah benua Afrika.

Negara berkeluasan sekitar 475,000 kilometer persegi ini mempunyai populasi berjumlah lebih 23 juta penduduk. Daripada jumlah tersebut, 25% menganut agama Islam.

Warga Muslim di Cameroon

30% daripada penduduk pula menganuti ajaran Kristian, manakala selebihnya merupakan penganut ajaran paganisma.

Jumlah penganut pagan merupakan yang tertinggi, bahkan memetik penulisan yang diterbitkan oleh Humanitarian and Social Research Center, seorang daripada empat warga Cameroon menganuti fahaman paganisme.

Peta yang memaparkan lokasi Cameroon di benua Afrika

SEJARAH ISLAM DI CAMEROON

Ketibaan Islam ke negara ini berlaku sekiar kurun ke 1600, dan ianya dibawa oleh pendakwah serta pedagang dari Tanah Arab yang datang ke Afrika tengah bagi tujuan perdagangam serta Islamisasi.

Proses Islamisasi di negara ini menyaksikan penglibatan tiga etnik Muslim yang terawal dan utama di Cameroon. Mereka ialah: –

  1. Muslim Fulani
  2. Muslim Qadiri
  3. Muslim Tijani
  4. Muslim Peuhl
  5. Muslim Bamun
Istana Kesultanan Bamun yang terletak di Foumban, di wilayah barat Cameroon

PENGARUH ISLAM DAHULU KALA

Menjejaki liku sejarah Islam di Cameroon, dapatlah diperlihatkan bahawa pengaruh agama itu juga luas, dan ini dibuktikan melalui proses membentuk sistem kesultanan Islam di camerron pada sekitar kurun ke 17.

Antara kesultanan yang wujud pada ketika itu termasuklah: –

  1. Kesultanan Kanem
  2. Kesultanan Bornu
  3. Kesultanan Sokoto (yang bersusur galur dari Nigeria)

Namun, seperti juga sistem kesultanan (khalifah) lain di serata dunia, kuasa-kuasa yang anti-Islam akhirnya menghapuskan sistem tersebut, dan Cameroon ahkirnya tunduk kepada sistem sekular berkonsepkan republik.

Selepas tamatnya era kesultanan, Cameroon menempuh fasa dunia moden abad ke-18 dengan tangan dan kaki dibelenggu kuasa kolonialis iaitu Jerman.

CAMEROON DI BAWAH JERMAN

Seperti kolonialis lain, Jerman juga dilihat agak bersifat anti-Islam dan ini dibuktikan melalui tindakan membuka ruang kepada penjarah Kristian Eropah untuk hadir ke Cameroon dan melaksanakan kegiatan Kristianisasi.

Gerakan yang disokong oleh pemerintah Jerman ini (state sponsored), akhirnya menerima penentangan dari kaum muslim, dan merupakan punca berlakunya perang saudara di antara Islam dengan Kristian di sana.

Konflik antara etnik dan agama di Cameroon telah memanggil tindakan ketenteraan

HUBUNGAN ANTARA ISLAM DENGAN KERAJAAN

Bercakap tentang hubungan, ianya dilihat seperti roda yang berputar.

Ada kala, hubungan dilihat sangat jernih, namun pada ketika yang lain, hubungan jernih itu bertukar menjadi keladak.

Ini kerana, kerajaan Cameroon – menurut banyak sumber – dilihat tidak mempercayai warga Muslim di sana, dan hal yang sama turut dirasai oleh warga Muslim, dan seterusnya membentuk apa yang digelar sebagai “Mutual suspicion” di antara pemerintah dengan minoriti.

PERLAKSANAAN ISLAM

Hari ini, meskipun hubungan antara Muslim dengan kerajaan Cameroon agak longgar, namun kebebasan agama masih diamalkan di negara itu dan tiada diskriminasi melampau terhadap etnik minoriti termasuklah Muslim.

Ini dibuktikan melalui pembinaan madrasah di bandar-bandar besar. Antara masjid yang signifikan di sana termasuklah: –

  1. Masjid Lamido
  2. Masjid Bilal
Masjid Lamido
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker