Gaya HidupMakan & Minum

ASquare Kontena Makanan Di Kota Kinabalu Wajib Dikunjungi!

Kontena makanan ASquare adalah tarikan terbaharu di Kota Kinabalu yang menawarkan lebih daripada 100 jenis makanan jalanan yang pasti akan memukau setiap pengunjung.

Dibuka setiap malam dari 4 petang sehingga lewat malam, Asquare menawarkan pelbagai jenis juadah yang pasti akan menepati cita rasa semua pengunjung.

Tempat makanan ini dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas dan sejak itu telah menjadi salah satu tarikan penduduk setempat dan juga pelancong.

Selain makanan jalanan seperti sotong goreng, kambing panggang dan yoghurt beku, gerai-gerai di sini terkenal dengan menu menarik yang tidak boleh dijumpai di tempat lain. Antara gubahan menarik adalah cendol bersama tapai, kopi keju yang dicampur bersama tauhu busuk.

Di sana juga pengunjung dapat menikmati masakan Borneo, Thailand, Filipina dan juga makanan Korea.

Gambar oleh SabahEats

Menurut pengunjung Atikah Parasin, 26, pasar malam kontena ini adalah tempat kegemarannya untuk berbuka puasa bersama rakan-rakannya.

Manakala seorang lagi pengunjung, Amirah berkata lokasi makanan ini adalah luas dan dihiasi dengan baik.

Tempat ini bukan sahaja mendapat perhatian penduduk Sabah, malah ada yang sanggup datang dari Sarawak untuk menikmati suasana makanan di sina.

Tempat ini mempunyai lebih daripada 60 gerai makanan dan minuman. Pemilik gerai-gerai di sana juga terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang menjual makanan antarabangsa.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker